Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal bangkit sentak Mexico 2-1

-

MOSCOW, Jerman: Adrien Silva menjaringk­an satu tendangan penalti dalam masa tambahan ketika Portugal bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Mexico 2-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga di Piala Konfederas­i di sini Ahad lepas.

Luis Neo tertolak bola ke pintu golnya sendiri untuk membolehka­n Mexico membuka jaringan pada minit ke- 54 tetapi Pepe mengikat kedudukan pada minit kecederaan untuk memaksa permainan berlarutan sehingga ke masa tambahan di Stadium Spartak.

Silva kemudian menjaringk­an gol antarabang­sa pertama beliau selepas bola terkena tangan pemain Mexico dalam kotak penalti pada minit ke104, ketika kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Nelson Semedo (Portugal) dibuang padang sebelum Raul Jimenez kemudian menyusul untuk Mexico.

Portugal, juara Eropah, beraksi tanpa kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, yang dilepaskan oleh pasukan untuk bertemu dengan anak kembarnya yang baharu lahir.

Portugal dan Mexico seri 22 pada perlawanan pusingan pertama kejohanan.

Portugal seharusnya membuka jaringan lebih awal pada minit ke- 17 apabila Andre Silva dikasari Rafael Marquez dalam kotak penalti dengan pengadil bantuan video ( VAR) menyemak video dan memberikan tendangan penalti.

Tetapi penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa bertindak tangkas menepis tendangan Andre Silva untuk mengekalka­n kedudukan tanpa jaringan.

Penjaga gol Portugal, Rui Patricio juga beraksi tangkas menepis cubaan Javier Hernandez dari jarak dekat pada minit ke-30 namun Patricio gagal menghalang gol dari rakannya sendiri selepas rehat apabila Neto tertolak bola ke pintu gol ketika cuba mengeluark­an hantaran lintang Hernandez.

Portugal meningkatk­an serangan untuk memburu gol penyamaan dan ketika Mexico membayangk­an kemenangan, Pepe menanduk satu hantaran lintang Ricardo Quaresma untuk mengikat kedudukan pada saat akhir untuk memastikan permainan berlarutan ke masa tambahan sebelum Silva menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Silva (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol pada perlawanan menentang Mexico di Stadium Spartak , Moscow kelmarin.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Silva (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol pada perlawanan menentang Mexico di Stadium Spartak , Moscow kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia