Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez mencipta kemenangan kelapan berturut-turut di Jerman

-

HOHENSTEIN- ERNSTTHAL, Jerman: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez, mencipta kemenangan kelapan berturut- turut di Grand Prix Jerman Ahad lepas, sekali gus melonjak ke kedudukan teratas senarai keseluruha­n pelumba.

Pelumba dari Sepanyol itu menangani cabaran pelumba tuan rumah, Jonas Folger untuk mencipta kemenangan kedua beliau musim ini selepas bermula di petak pertama.

Folger, pemandu baharu Jerman, mempamerka­n pemanduan cemerlang untuk pasukan sokongan Yamaha untuk mencipta kemenangan podium pertama dengan rakan sepasukan Marquez dari Honda, Dani Pedrosa menduduki tempat ketiga.

Pelumba jentera Ducati, Andrea Dovizioso, memulakan perlumbaan di senarai teratas kategori pelumba tetapi menamatkan saingan di tempat kelapan dan kini berada di tangga ketiga keseluruha­n.

Marquez, yang berada di kedudukan keempat sebelum perlumbaan, kini mendahului kedudukan dengan kelebihan lima mata berbanding Maverick Vinales, dengan Dovizioso di tempat ketiga.

“Saya tahu sebelum hujung minggu ini, ia adalah saat yang paling penting dalam saingan kejuaraan dunia dan juga Sachsenrin­g adalah litar yang penting bagi kami,” kata Marquez.

“Ia adalah tempat untuk mengambil risiko jika perlu dan cuba memenangin­ya. Jadi saya berasa gembira untuk memenangi 25 mata dan mendahului keseluruha­n saingan kejuaraan dunia sebelum rehat musim panas.”

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi menunjukka­n prestasi yang baik untuk menyokong kemenangan pertamanya musim ini di Assen apabila menduduki tempat kelima di belakang Vinales tetapi beliau kini tercicir ke tangga keempat keseluruha­n.

Folger menggembir­akan penonton tuan rumah di pusingan awal apabila memintas Pedrosa dan Marquez dan mendahului kedudukan untuk pasukan Yamaha Tech3 selepas menduduki petak ketiga.

Beliau mengekalka­n pendahulua­n selama beberapa pusingan sebelum Marquez kembali mendahului kedudukan. — AFP ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Mohd Nidzam Adha Yusoff perlu mencongak strategi baharu bagi menghadapi saingan Piala Malaysia bertemu Melaka United berikutan lima tonggak utama pasukan itu masih tidak dapat diturunkan malam ini.

Mohd Nidzam berkata perlawanan malam tadi memberi pengajaran buat pasukan bimbingann­ya agar lebih bersedia menggalas tanggungja­wab dan tidak hanya bergantung kepada pemain sedia ada yang lebih berpengala­man.

Kekalahan Kedah menentang Perak malam tadi, memecahkan rekod tanpa kalah Kedah di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini.

Mereka hanya mel e t a k k a n d u a pemain import, Liridon Krasniqi serta Sandro Da Silva untuk membantu Ahmad Fakhri Shaarani serta Mohd Shafiq Ahmad di bahagian serangan tanpa Ken Ilso Larsen dan Baddrol Bakhtiar.

“Apa pun pujian harus diberi kepada pemain- pemain yang diturunkan. Namun, ketiadaan Ken Ilso Larsen serta beberapa pemain tonggak turut dirasai dan Perak mudah mengucarka­cirkan pasukan dengan dua gol mudah.

“Perlawanan ini mengajar kita agar sentiasa bersedia beraksi dalam apa jua keadaan dan mengurangk­an kesilapan terutama di bahagian pertahanan yang agak leka, dan itu kita perlu perkemaska­n untuk perlawanan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan, menyaksika­n Kedah tewas 2-3 di tangan Perak di Stadium Darulaman, di sini.

Mohd Nidzam berkata lima pemain utamanya akan direhatkan dalam tempoh seminggu hingga dua minggu sebelum dapat diturunkan semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia