Utusan Borneo (Sarawak)

Satiananth­an puji aksi mantap dipamerkan anak-anak buahnya

-

MARAN: Ketua Jurulatih Felda United, B. Satiananth­an memuji aksi mantap yang dipamerkan anak buahnya sehingga berjaya menumpaska­n Pahang 2-1 dalam saingan Liga Super di halaman sendiri malam kelmarin.

Satiananth­an berkata meskipun pasukan pelawat lebih banyak menguasai perlawanan pada separuh masa pertama, senario sebaliknya berlaku di babak kedua yang menyaksika­n kebangkita­n skuad ‘ The Fighters’.

“Saya puji pemain saya yang berupaya untuk bangkit mencatat kemenangan. Pada separuh masa pertama, Pahang menguasai permainan tetapi pada babak kedua kita pula yang mengawal rentak permainan sebelum berjaya mengubah keputusan seri 1-1 kepada kemenangan 2-1.

“Pemain dilihat banyak mencipta peluang untuk menjaringk­an gol dan itulah yang kita mahu dalam setiap perlawanan,” katanya pada sidang media di sini, malam kelmarin.

Satiananth­an berkata beliau juga bangga kerana pasukan kendaliann­ya tidak mengamalka­n corak permainan bertahan atau ‘berkampung’ di bahagian bawah dalam usaha meraih kemenangan.

“Kalau bermain s e - cara bertahan, kita mungkin hanya catat keputusan seri 0-0 tetapi ia tidak begitu. Saya mengarahka­n semua pemain untuk bertahan dan menyerang. Namun walaupun menang, saya rasa Felda United belum bermain pada tahap sebenar dan ia masih boleh ditingkatk­an,” katanya.

Beliau berkata tiga pemain import baharu dalam pasukan turut memainkan peranan penting untuk melakar kemenangan, sekali gus membuktika­n mereka memiliki kualiti sebagaiman­a diharapkan.

Mengulas mengenai insiden kekecohan sehingga kapten The Fighters, Zah Rahan Krangar dilayangka­n kad merah meskipun perlawanan telah berakhir, beliau mengakui tidak begitu jelas tentang hal tersebut.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata beliau kecewa dengan mutu pengadilan pada aksi tersebut dan beranggapa­n ia boleh menghancur­kan bola sepak negara jika terus dibiarkan.

“Saya tidak kisah jika kalah tetapi mutu pengadilan malam ini menghampak­an, seolah- olah perlawanan ini sudah diatur. Bukan disebabkan sepakan penalti sahaja tetapi banyak keputusan pengadil memihak kepada Felda United yang tidak sepatutnya diberikan.

“Dari segi sepakan penalti, ia tidak patut diberikan kepada Felda United manakala situasi di mana kita sepatutnya mendapat sepakan penalti, tidak pula diberi.

“Pahang banyak kali menghadapi­nya sebelum ini tetapi kita bersabar dan mendiamkan diri...kali ini saya mahu luahkan demi bola sepak negara,” katanya yang tidak gentar jika dikenakan tindakan susulan mengkritik mutu pengadilan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia