Utusan Borneo (Sarawak)

Acara keirin tidak diboikot: PKBM

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Penyertaan kini dibuka bagi acara larian CMS Tribal Run 3.0 dengan slogan ‘ Run for a Good Cause’ yang memasuki tahun ketiga penganjura­nnya pada 27 Ogos depan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini.

Anjuran Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) sesiapa berminat menyertai acara yang menderma 100 peratus perolehan daripada yuran penyertaan kepada badan kebajikan tempatan perlu mendaftar sebelum ditutup pada 23 Julai atau apabila jumlah penyertaan mencecah 2,500.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, CMS turut memberi slot percuma namun terhad kepada kanakkanak dengan keperluan khas untuk menyertain­ya.

Acara larian itu merangkumi kategori 5 kilometer Fun Run dan 10 KM Competitiv­e Run, dimana pelepasan masing- masing diadakan jam 6.45 pagi dan 6.30 pagi.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar menerusi RevRun (Brooks) di Pusat Beli- Belah Green Height atau secara atas talian menerusi laman tribalrun. eventtech. com. my.

Hadiah- hadiah akan diberikan kepada 10 peserta teratas bagi lelaki dan wanita dalam kategori 10km, pakaian suku kaum terbaik untuk lelaki dan wanita ( untuk kategori 5km dan 10km) dan aktiviti cabutan bertuah juga bakal diadakan.

Reka bentuk pingat penamat tahun ini adalah Bunga Terung, di mana lingkaran di tengah- tengah dikenali sebagai Tali Nyawa – simbolik pemulaan kehidupan baharu sebagai mengingatk­an usaha kolektif peserta membantu perjuangan­perjuangan tempatan serta unik apabila boleh dijadikan sebagai rantai kunci.

CMS Tribal Run tahun lalu menarik 2,600 peserta dengan jumlah RM120,000 diraih untuk 10 badan kebajikan tempatan sekaligus menjadikan acara inisiatif CMS paling penting serta memberi kesan kepada masyarakat.

Acara larian itu merupakan program ‘Doing Good’ untuk seluruh syarikat CMS di mana pekerja meluangkan masa untuk menyokong usaha masyarakat, menyasar untuk meningkatk­an kualiti hidup komuniti sekitar.

Sebagai tambahan kepada CMS menjadi penganjur acara tahunan, larian tahun ini disokong oleh RevRun Co dengan penaja minuman rasmi, REVIVE, INDOCAFE dan Vico. Manakala bangunan MBKS selaku tuan rumah acara larian.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS, Datuk Richard Curtis bakal menyertai kategori 5km berkata acara itu dianjurkan buat pertama kali pada 2010 ketika itu dikenali sebagai CMS Health Run untuk menggalakk­an gaya hidup sihat kalangan pekerja CMS serta keluarga.

“CMS Tribal Run telah menjadi acara larian ‘ wajib’ mempamerka­n semangat masyarakat dan usaha umum untuk membantu masyar- akat yang paling memerlukan­nya.

“Selain mengumpul wang untuk sebab yang baik, CMS Tribal Run 3.0 adalah tentang yang terbaik tentang Sarawak dan kepelbagai­annya serta peluang untuk membakar beberapa kalori sepanjang perjalanan,” katanya di sini semalam.

Pek larian boleh didapati untuk kutipan pada 25 dan 26 Ogos bermula jam 11 pagi hingga 7 petang di RevRun Co. ( Brooks), Green Height dan peserta perlu mengemukak­an slip bayaran.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi RevRun Co. di 082- 459397, Albert Tan ( 016- 5892233) atau Yahya ( 013- 8210401). KUALA LUMPUR: Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM) mengesahka­n acara berbasikal trek keirin tidak diboikot atau disabotaj pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) pada Ogos ini.

Presiden PKBM Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata sembilan pelumba, termasuk jaguh keirin negara Mohd Azizulhasn­i Awang sudah mengesahka­n penyertaan mereka selepas tarikh tutup penyertaan, Jumaat lepas.

Apabila Mohd Azizulhasn­i mengesahka­n kemungkina­n hanya menyertai satu acara iaitu keirin pada Sukan SEA 2017, ramai membuat tanggapan kononnya ada negara di Asia Tenggara akan memboikot atau melakukan sabotaj.

Keirin elit lelaki boleh diisytihar­kan sebagai tidak sah sekiranya hanya dua negara menyertai acara tersebut. Sekiranya ini berlaku, peluang Mohd Azizulhasn­i untuk merangkul pingat emas akan berkecai dalam sekelip mata, katanya dalam kenyataan semalam.

A c a r a b e r b a s i k a l S u - kan SEA ke- 29 menawarkan keseluruha­n 20 pingat emas - 13 dalam acara trek, lima bagi acara lebuh raya serta dua untuk acara BMX.

Dalam pada itu, Abu Samah berkata Malaysia, Thailand dan Indonesia menyertai semua 20 acara yang dipertandi­ngkan, diikuti Singapura ( 18 acara), Brunei ( 11 acara) manakala Timor Leste muncul negara tunggal tidak menghantar sebarang penyertaan dalam acara sukan berkenaan.

Beliau berkata acara lepa s b e r a m a i - r a m a i e l i t lelaki merupakan acara paling popular kerana menerima penyertaan membabitka­n 55 pelumba, diikuti kriterium yang mendapat sambutan daripada 50 pelumba.

“Ada 55 pelumba akan menyertai acara lepas beramai-ramai elit lelaki. Saya berasa bangga kerana acara ini sememangny­a sangat popular di rantau Asia Tenggara. Saya mengharapk­an Malaysia akan menang pingat emas dalam acara ini.

Acara kriterium pula menjadi kedua paling popular dengan penyertaan 50 pelumba dan kita akan berusaha keras untuk mempertaha­nkan pingat emas yang dimenangi di Singapura dua tahun lalu. Saya harap pelumba Malaysia tahu apa yang mereka perlu lakukan, katanya. — Bernama

CMS Tribal Run telah menjadi acara larian ‘wajib’ mempamerka­n semangat masyarakat dan usaha umum untuk membantu masyarakat yang paling memerlukan­nya. Datuk Richard Curtis Pengarah Urusan Kumpulan CMS

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DAVID
DAVID
 ??  ?? AYUH SERTAI KAMI: Penyertaan kini dibuka CMS Tribal Run 3.0 dengan slogan ‘Run for a Good Cause’ diadakan pada 27 Ogos depan di pekarangan MBKS.
AYUH SERTAI KAMI: Penyertaan kini dibuka CMS Tribal Run 3.0 dengan slogan ‘Run for a Good Cause’ diadakan pada 27 Ogos depan di pekarangan MBKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia