Utusan Borneo (Sarawak)

Daun lerek ubah rasa

-

untuk menampung permintaan pelanggan dan seguni beras boleh menghasilk­an 200 batang lemang,” katanya kepada Bernama.

Dia yang mengusahak­an perniagaan itu bersama isteri, Zainab Rais, 56, berkata, antara 16,000 hingga 20,000 batang lemang daun lerek dijualnya setiap tahun.

“Saya juga pelbagaika­n lemang iaitu lemang pulut kuning dan lemang pulut hitam yang boleh bertahan selama empat hari jika dibiarkan di dalam buluh,” kata Ariffin yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Seorang pelanggan setia, Nor Nahizan Abdul Majid, 38, berkata dia sanggup beratur menunggu giliran untuk membeli lemang itu.

“Saban tahun saya akan singgah beli lemang di sini sebelum membawanya pulang berhari raya di Kelantan kerana lemang ini tidak perlu dibelah buluhnya tetapi boleh ditarik terus tanpa putus atau koyak dan rasanya pula lebih enak berbanding lemang biasa,” katanya. PILIHAN RAMAI

Sudah menjadi kelaziman, saban tahun menjelang Aidilfitri, deretan gerai lemang yang terletak berhampira­n Zoo Negara di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Kuala Lumpur pasti menjadi tumpuan, baik warga kota mahupun pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu.

Tinjauan Bernama mendapati tahun ini juga tiada bezanya dengan pengusaha gerai seperti ‘Pak Ali Lemang Asli’, ‘Pak Dean Lemang Tradisi’ dan ‘Pak Ya’ tidak menang tangan melayan pelanggan yang boleh memilih lemang berharga RM12 hingga RM20 sebatang.

“Tahun lepas kami mengaut keuntungan RM50,000 sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, dan berdasarka­n rekod jualan tahun ini kami yakin akan meningkat,” kata pemilik Pak Ali Lemang Asli, Badriah Najib, 38.

Memperoleh untung kasar sekitar RM1,000 sehari, Badriah berkata, permintaan terhadap lemangnya pada tahun ini menunjukka­n peningkata­n ketara dengan hampir 300 batang dijual setiap hari bagi tempoh 10 hari terakhir Ramadan berbanding antara 100 dan 150 batang pada tahun lalu.

Disebabkan permintaan yang tinggi, wanita itu berkata, gerainya beroperasi 24 jam sejak dua hari lepas dan akan berterusan sehingga minggu kedua raya.

Ditanya mengenai rahsia keenakan lemangnya, Badriah berkata selain menggunaka­n resipi turun-temurun, lemangnya dimasak menggunaka­n santan dan beras pulut berkualiti.

Seorang pelanggan, Rohani Abdul Rashid, 42 berkata ini kali pertama dia membeli lemang di gerai berkenaan selepas mendengar respons positif rakan-rakan.

“Saya cukup teruja nak rasa lemang ini,” katanya yang tinggal di Selayang, dekat sini.

Anak pemilik gerai Pak Dean Lemang Tradisi, Suhaini Saharuddin, 36, pula berkata, kebiasaann­ya dia akan menerima jumlah pengunjung yang sangat ramai bermula hari terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua dan mampu menjual 2,000 sehingga 3,000 batang sepanjang tempoh itu.

Suhaini berkata, gerai itu beroperasi sejak 25 tahun lalu pada setiap Ramadan dan Aidilfitri.

“Selain lemang, orang ramai juga membeli rendang ayam dan daging hasil air tangan emak,” katanya menambah dia berupaya menjual sekitar 7,000 batang lemang sepanjang sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan keuntungan kira-kira RM15,000.

Pelanggan gerai Pak Dean Lemang Tradisi, Mohd Izran Darami, 32, berkata ini kali pertama dia mencuba lemang berkenaan.

“Untuk tahun ini, saya cuba menukar selera dengan membeli lemang di sini

“Saya harap ia sesedap seperti yang diuaruarka­n,” katanya yang dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas, Kelantan.

Sementara itu, anak pemilik gerai Pak Ya yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 30, menjangkak­an gerai diusahakan keluargany­a sejak 30 tahun lalu mampu menjual 1,000 batang setiap hari sepanjang minggu terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua.

“Selain lemang, kami juga turut menjual lontong yang dibungkus dengan daun pisang berharga RM7 yang menjadi perhatian pelanggan,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia