Utusan Borneo (Sarawak)

Program realiti Orang Ulu Idol di Miri pada 29 & 30 Julai

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Kaum Orang Ulu yang mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian adalah dipelawa untuk mengambil bahagian dalam program realiti Orang Ulu Idol (OUI) yang akan diadakan pada 29 dan 30 Julai depan. Program itu yang merupakan anjuran Persatuan Belia Orang Ulu Sarawak (YOUSA) dengan kerjasama Staven Event Management Sarawak (SEMS) akan diadakan di kompleks belibelah Imperial Mall di sini.

Menurut pengerusi YOUSA, Spanski Steven, pertanding­an ini terbuka kepada semua kaum Orang Ulu yang berusia antara 9 hingga 60 tahun.

Katanya, OUI yang akan dianjurkan secara bermusim mulai tahun ini merupakan satu platform untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang nyanyian di kalangan kaum Orang Ulu.

“OUI yang julung kali diadakan tahun ini bakal menampilka­n kelainan dan konsep yang berbeza dari pertanding­an karaoke biasa.

“Pemenang dalam program ini nanti berpeluang untuk menjadi artis Orang Ulu,” katanya.

Sehubungan itu, Spanski menyeru kepada semua masyarakat terbabit yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang nyanyian agar tidak melepaskan peluang ini.

Kepada mereka yang berminat, bolehlah mendapatka­n borang penyertaan mulai sekarang hingga 21 Julai depan.

Katanya, antara syarat penyertaan, peserta boleh mendendang­kan lagu bebas pada peringkat saringan yang akan diadakan pada 29 Julai.

Manakala bagi peringkat akhir pada 30 Julai, peserta wajib menyediaka­n sebuah lagu bebas dan sebuah lagu Orang Ulu.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubung­i Spanski di talian 0146806929 atau Steven Hii (019-8344022).

 ?? — Gambar AFP ?? Pelakon British Tom Holland semasa tiba untuk sidang media bagi mempromosi­kan filem ‘Spider-Man: Homecoming’ di Seoul semalam. Filem itu akan mula ditayangka­n di Malaysia pada 6 Julai 2017.
— Gambar AFP Pelakon British Tom Holland semasa tiba untuk sidang media bagi mempromosi­kan filem ‘Spider-Man: Homecoming’ di Seoul semalam. Filem itu akan mula ditayangka­n di Malaysia pada 6 Julai 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia