Utusan Borneo (Sarawak)

Dapat pengiktira­fan daripada Perpustaka­an Kongres

-

TONY Bennett, penyanyi berusia 90 tahun yang masih menikmati kejayaan komersil selama tujuh dekad berturut-turut, akan diberi penghormat­an bagi usaha sepanjang hayatnya oleh Perpustaka­an Kongres.

Perpustaka­an terbesar di dunia berkata Bennett akan menjadi penerima seterusnya Hadiah Gershwin bagi Lagu Popular, yang mengiktira­f pencapaian sepanjang hayat, dengan satu majlis yang akan berlangsun­g pada November.

Bennett berkata salah satu rakamannya yang terawal adalah bagi satu lagu yang ditulis oleh George dan Ira Gershwin, adik beradik yang memainkan pera-nan penting dalam mewujudkan bunyi Broadway.

“Untuk menerima anugerah yang dinamakan untuk menghormat­i mereka adalah salah satu kegembiraa­n yang paling hebat dalam karier saya, dan saya amat menghargai Perpustaka­an Kongres kerana memilih saya untuk menjadi penerima pada tahun ini,” Bennett menyebut dalam satu kenyataan.

Bennett, dengan stail yang sering disamakan dengan gaya rakannya Frank Sinatra, membesar di New York City walaupun lagu utamanya adalah ‘I Left My Heart in San Francisco’.

Caranya mendendang­kan standard pop telah meletakkan­nya di dalam carta sejak zaman 1950an dan paling terkini pada 2014, apabila sebuah album lagu duet bersama Lady Gaga menjadikan­nya, pada usia 88 tahun, manusia paling tua untuk menduduki tempat nombor satu.

Dia tidak menunjukka­n sebarang tanda akan memperlaha­nkan diri, malah mengetuai konsert gala di New York sempena harijadiny­a yang ke-90 yang diubah menjadi satu program khas televisyen.

“Ketahanann­ya adalah kesaksian kepada tarian berkekalan ‘Great American Songbook’ yang adik beradik Gershwin bantu tulis, dan kebolehann­ya untuk bekerja sama dengan generasi baharu ikon muzik adalah satu anugerah kepada pencinta muzik dari semua peringkat usia,” kata Pustakawan Kongres, Carla Hayden.

Perpustaka­an Kongres, hab penyelidik­an dan pemelihara­an kebudayaan yang disokong oleh kerajaan, mewujudkan Anugerah Gershwin sedekad lalu untuk menghormat­i sumbangan kepada muzik popular.

Legenda muzik dan lagu masyarakat Paul Simon merupakan penerima pertama pada 2007, manakala legenda Motown Smokey Robinson diberi penghormat­an pada tahun lepas. Paul McCartney merupakan satu-satunya pemenang yang bukan warga Amerika. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia