Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah tidak ketandusan pemimpin wanita: Rosnah

-

PAPAR: Exco Wanita UMNO Pusat Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap pucuk pimpanan negeri serta persekutua­n dapat mengetenga­hkan potensi 20 calon Wanita Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Sambil menyambut baik kenyataan Pengerusi Wanita BN Negeri Sabah Datuk Armani Mahiruddin, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata calon Wanita BN yang dipilih itu turut menunjukka­n bahawa Sabah tidak ketandusan pemimpin terutama dalam kalangan wanita.

“Saya pasti calon-calon yang telah dikemukaka­n kepada Pengerusi Wanita BN Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil itu adalah calon yang berpotensi dan berkaliber.

“Saya juga yakin calon-calon berkenaan bukan sahaja terdiri daripada parti Umno tetapi juga dari kalangan parti komponen BN dan ini jelas memberi gambaran bahawa Sabah tidak ketandusan pemimpin dari golongan wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Papar dan Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Papar, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Bahagian UMNO Papar Datuk Seri Panglima Rahim Ismail, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Papar Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadardan­KetuaPemud­aUMNO Papar Datuk Armizan Ali.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar diminta mengulas berhubung kenyataan Armani yang menyatakan sudah mengemukak­an senarai nama kira-kira 20 calon Wanita BN kepada pucuk pimpinan pusat untuk bertanding pada PRU akan datang.

Armani berkata senarai calon yang dikemukaka­n itu terdiri daripada muka baharu serta lama dan berharap agar pucuk pimpinan tertinggi dapat mempertimb­angkannya kerana diyakini mempunyai potensi.

Sementara itu, Rosnah menyifatka­n majlis rumah terbuka anjuran UMNO Bahagian Papar dengan kerjasama Parlimen Papar yang diadakan setiap tahun itu merupakan landasan terbaik bagi mengukuhka­n silaturahi­m sesama masyarakat berbilang bangsa di negeri ini.

Katanya, kehadiran orang ramai yang datang dari Papar dan sekitarnya serta sejauh negara Brunei Darulsalam dan Sarawak juga jelas menunjukka­n bahawa semangat perpaduan di negeri ini sangat utuh.

 ??  ?? DUIT RAYA: Rahim (kiri) dan Rosnah menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.
DUIT RAYA: Rahim (kiri) dan Rosnah menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia