Utusan Borneo (Sarawak)

Pengilang terus yakin prospek pertumbuha­n

Pemulihan dalam permintaan pelanggan dijangka berlaku

-

KUALA LUMPUR: Pengilang- pengilang Malaysia kekal optimis tentang prospek untuk sepanjang tahun ini, walaupun wujud kelemahan dalam asas permintaan pelanggan seperti yang ditunjukka­n oleh Indeks Pengurus Pembelian Pengeluara­n Nikkei Malaysia (PMI).

PMI dalam Jun susut kepada 46.9 daripada 48.7 pada bulan Mei, iaitu yang terendah dalam sejarah lima tahun indeks ini.

Bagaimanap­un, dari segi harga, tekanan kos menurun kepada tahap terlemah dalam lapan bulan, menurut laporan itu.

Laporan yang dikeluarka­n oleh IHS Market itu menyatakan bahawa bacaan terbaharu ini juga menunjukka­n persekitar­an perniagaan, secara keseluruha­nnya merosot dalam suku kedua.

Ahli Ekonomi Kanan IHS Market, Paul Smith berkata PMI Pengilang Malaysia jatuh kepada rekod terendah pada Jun, hanya dua bulan selepas menunjukka­n pertumbuha­n pada April, disebabkan oleh kemerosota­n dalam kerja- kerja baharu dan pengeluara­n, iaitu faktor utama yang menjadi cabaran sektor berkenaan.

“Dengan asas permintaan menjunam, pengilang dan pengeluar barangan telah mengambil langkah untuk menghadkan pertumbuha­n tenaga kerja dan memperkema­skan inventori – pekerjaan tidak meningkat dan stok pembelian jatuh pada kadar rekod kaji selidik.

“Bagaimanap­un, keyakinan firma-firma ini tidak berubah, dengan sentimen mula naik sejak Mei. Beberapa anggota panel meramalkan pemulihan dalam permintaan pelanggan,” katanya.

Kedua-duanya iaitu pengeluara­n dan tempahan baharu susut dalam Jun, manakala pengeluara­n berkuranga­n pada kadar mendadak sejak Jun 2017, malahan, kadar penurunan kerjakerja menyusut kepada ta- hap terendah sejak akhir tahun lepas.

Terdapat laporan wuj u d k e m e r o s o t a n p e r - mintaan pelanggan dan kelembapan ekonomi dalam tempoh terbaharu.

Kejatuhan dalam jumlah perniagaan baharu telah diimbangi oleh peningkata­n eksport dalam Jun, yang menyaksika­n pesanan baharu dari luar negara meningkat untuk kali kedua dalam tempoh tiga bulan, walaupun bersifat sederhana.

“Ahli panel menyebut kerja- kerja baharu akan mula diterima dari rakan-rakan ekonomi Asia, termasuk China, Vietnam dan India,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia