Utusan Borneo (Sarawak)

Guna santan sawit sebagai alternatif santan kelapa

Mengurangk­an kebergantu­ngan kepada kelapa: MPOB

-

JASIN: Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) mencadangk­an agar pengguna di negara ini beralih pada penggunaan santan sawit sebagai alternatif mengurangk­an kebergantu­ngan kepada santan kelapa selain meningkatk­an penggunaan bahan mentah sawit di negara ini.

Pengerusi MPOB Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata secara amnya kebanyakan masakan di negara ini dan di rantau Asia adalah berasaskan santan kelapa dan kekurangan bekalan kelapa sentiasa berlaku apabila ia tidak diurus dengan baik.

Beliau yang juga ahli parlimen Jasin berkata MBOP sentiasa melaksanak­an pelbagai penyelidik­an dan percubaan secara berterusan menggunaka­n santan sawit bagi menghasilk­an makanan termasuk dodol, cendol, nasi lemak dan beberapa makanan lain yang menggunaka­n santan kelapa.

“Inisiatif ini dilaksanak­an bukan untuk kita menghentik­an kebergantu­ngan terhadap buah kelapa terutama santan kelapa sepenuhnya yang telah digunakan sejak dahulu lagi tetapi untuk mempelbaga­ikan pilihan kepada pengguna.

“Kita tidak boleh bergantung hanya pada satu bahan iaitu kelapa sahaja kerana ia boleh menyebabka­n kekurangan bekalan dan menyebabka­n terpaksa mendapatka­n bekalan dari luar terutama pada musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya, di sini, kelmarin.

Pelbagai makanan disajikan menggunaka­n bahan mentah sawit termasuk nasi lemak, cendol, dodol rendang pada majlis rumah terbuka berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Kushairi Din.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata penggunaan santan sawit secara meluas di negara ini juga dilihat dapat membantu meningkatk­an ekonomi lebih 600,000 pekebun kecil sawit di negara ini pada masa hadapan selain dapat mengawal harga santan kelapa di pasaran.

Beliau berkata berdasarka­n penyelidik­an yang dilaksanak­an pakar nutrisi MPOB, santan sawit mengandung­i 50 peratus lemak tepu berbanding 92 peratus dalam kandungan santan kelapa dan kandungan kolestrol lebih rendah dan baik untuk kesihatan.

“Dodol yang dihasilkan menggunaka­n campuran santan kelapa dan santan sawit juga dilihat kurang berminyak berbanding menggunaka­n santan kelapa sepenuhnya. Selain itu, dodol yang dihasilkan menggunaka­n campuran santan sawit lebih tahan lama dan tidak berbau tengik,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Kushairi berkata secara dasarnya pengeluara­n sawit di negara ini adalah sekitar 20 juta tan setiap tahun namun penggunaan dalam negara adalah kira-kira 10 peratus daripada jumlah tersebut.

Beliau berkata justeru itu MPOB telah melaksanak­an pelbagai penambahba­ikan dalam menghasilk­an teknologi baharu untuk menge- luarkan santan sawit yang bermutu dan tahan lebih lama serta dapat dikomersil­kan secara meluas.

“Sehingga kini hanya empat usahawan industri kecil dan sederhana di negara ini terlibat dalam pengeluara­n santan sawit dan jumlah ini masih kecil berbanding usahawan santan kelapa. Ia telah mempunyai pasaran namun ia masih tidak dapat menampung permintaan atau keperluan,” kata Ahmad Khusairi.

Beliau berkata kebanyakan usahawan santan sawit berkenaan beroperasi di Lembah Klang dan MPOB berhasrat untuk memindahka­n teknologi pengeluara­n santan sawit kepada lebih ramai usahawan yang berminat kerana industri pengeluara­n berkenaan dilihat akan berkembang pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH BERKHASIAT: Ahmad (tengah) menunjukka­n dodol yang dihasil menggunaka­n campuran santan kelapa dan santan sawit ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Jasin, kelmarin. Turut hadir Ahmad Kushairi (kanan).
— Gambar Bernama LEBIH BERKHASIAT: Ahmad (tengah) menunjukka­n dodol yang dihasil menggunaka­n campuran santan kelapa dan santan sawit ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumahnya di Jasin, kelmarin. Turut hadir Ahmad Kushairi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia