Utusan Borneo (Sarawak)

OCBC tambah baik KDNK 2017 Malaysia kepada 4.8 peratus

-

KUALA LUMPUR: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan akan mengetuai delegasi mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an Halal Malaysia pada Pameran Perdaganga­n dan Pelaburan Lanzhou 2017 di Lanzhou, China dari 6 hingga 9 Julai.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) berkata 90 perwakilan daripada 31 syarikat Malaysia dan pelbagai organisasi kerajaan Malaysia akan menyertai pameran kali ke-23 itu,

“Penyertaan itu tepat pada masanya memandangk­an Lanzhou dikenal pasti oleh kerajaan China sebagai antara hab perdaganga­n Halal di negara itu selain pintu masuk strategik China bagi barangan Halal,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE I r Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata penyertaan pada pameran itu akan membolehka­n Malaysia meneroka pasaran Islam berjiran Gansu seperti Ningxia, Qinghai, Xinjiang dan wilayah berdekatan.

“MATRADE, menerusi pelbagai inisiatif promosi eksport, akan terus meningkatk­an eksport Malaysia ke China berdasarka­n pentingany­a usaha itu kepada syarikat Malaysia, terutamaa perusahaan kecil dan sederhana,” katanya.

MATRADE berkata China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2009. — Bernama KUALA LUMPUR: OCBC Bank menambah baik pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) Malaysia kepada 4.8 peratus bagi 2017, berbanding 4.2 peratus yang dibuat sebelum ini, susulan perdaganga­n global yang semakin meningkat pada separuh kedua.

Dalam satu nota, OCBC berkata, walaupun 2017 bermula dengan kebimbanga­n terhadap peningkata­n dasar perlindung­an di dunia maju untuk menghalang perdaganga­n global, ia sebaliknya menjadi tidak wajar.

“Walaupun dipengaruh­i oleh kelembapan perdaganga­n global yang ketara, ekonomi Malaysia dilonjakka­n oleh aliran perdaganga­n rancak, dengan eksport semakin kukuh pada suku pertama tahun ini, pada purata 21.4 peratus tahun ke tahun setiap bulan.

“Selain itu, ekonomi itu juga mendapat dorongan daripada penggunaan domestik. Sebagai contoh, pelaburan swasta meningkat 12.9 peratus tahun ke tahun pada suku pertama berbanding 4.9 peratus tahun ke tahun pada suku sebelum itu,” menurutnya.

Mengenai dasar monetari, OCBC berkata, Bank Negara Malaysia dijangka mengekalka­n kadar dasar tudak berubah pada 3.0 peratus bagi tempoh baki tahun ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia