Utusan Borneo (Sarawak)

IE Singapore satukan 6 syarikat jalin kerjasama bagi projek HSR KL-SG

-

SINGAPURA: Enam syarikat Singapura, yang dikumpulka­n bersama oleh Internatio­nal Enterprise (IE) Singapore, mengumumka­n hasrat mereka untuk saling bekerjasam­a dengan pemain antarabang­sa bagi menyertai bersama dalam projek kereta api laju (HSR) bermula dengan projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur Singapura ( HSR KL-SG).

S y a r i k a t y a n g t e r l i - bat ialah Clifford Capital Pte Ltd, DBS, Sembcorp Design & Constructi­on, SMRT Internatio­nal Pte Ltd, Surbana Jurong Pte Ltd dan Singapore Technologi­es Electronic­s Ltd.

“Prasarana pengangkut­an menyumbang 25 peratus daripada nilai AS$4.3 trilion dalam perbelanja­an prasarana global pada 2016. Sub-segmen HSR adalah bidang pertumbuha­n utama,” kata Pengarah Kumpulan, Alam Sekitar dan Penyelesai­an Prasarana, IE Singapore, Kow Juan Tiang dalam satu kenyataan bersama kelmarin.

Kow berkata syarikat Singapura boleh mengakses bidang ini menerusi projek strategik ini antara Malaysia dan Singapura.

“P e r k o n g s i a n a n t a - ra enam syarikat ini penting bagi membangunk­an keupayaan dalam bidang prasarana baharu,” katanya.

Kow berkata IE Singapore akan terus memacu minat syarikat Singapura dalam projek prasarana utama.

HSR KL- SG ialah projek strategik antara kerajaan Singapura dan Malaysia yang bertujuan untuk memudahkan perjalanan antara KL dan Singapura, meningkatk­an hubungan perniagaan dan merapatkan lagi hubungan antara rakyat kedua- dua negara.

Laluan kereta api sejauh 350 kilometer itu dijangka beroperasi pada akhir 2026.

Memandangk­an kepentinga­n dan potensi besar projek itu, IE Singapore telah mengumpulk­an bersama syarikat itu sejajar dengan peranannya dalam membantu syarikat Singapura meraih peluang global.

Perkongsia­n itu akan memanfaatk­an kekuatan unik setiap syarikat, membolehka­n mereka berkembang ke segmen HRS.

“Dengan saling bekerjasam­a, kita mempunyai nilai yang lebih kukuh, menggabung­kan pengalaman bertahunta­hun rekod prestasi dalam seluruh rantaian nilai kereta api,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sembcorp Design & Constructi­on, Yam Ah Mee.

“Kami merancang bekerjasam­a dengan rakan kongsi antarabang­sa yang mempunyai pengalaman dalam sektor kereta api yang relevan apabila kami menyertai dalam pelbagai aspek HSR KLSG. Pengetahua­n luas kami dalam operasi tempatan di Malaysia dan Singapura adalah pelengkap,” kata Yam.

Sementara itu, Surbana Jurong melihat HSR KLSG sebagai projek strategik tinggi yang membuka sektor pertumbuha­n baharu bagi syarikat- syarikat dalam bidang prasarana. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia