Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa pertama pembanguna­n Coop City Bandar Penawar bermula Sept ini

-

JOHOR BAHRU: Fasa pertama pembanguna­n bandar koperasi pertama negara Coop City Bandar Penawar di Kota Tinggi yang melibatkan kos sebanyak RM87 juta akan bermula September ini dan dijangka siap sepenuhnya awal 2019.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata fasa pertama itu akan terdiri daripada pembanguna­n 30 unit kedai dan 128 unit rumah teres dua tingkat.

“Pelan pembanguna­n fasa satu itu sudah diluluskan cuma kontraktor yang akan dipilih sedang disenarai pendek memandangk­an terdapat 16 kontraktor membida tender pembanguna­n berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Aidilfitri ANGKASA Johor, di sini, kelmarin.

Abdul Fattah berkata apabila siap kelak, kesemua kedai dan rumah teres dua tingkat itu akan diutamakan jualannya kepada anggota koperasi di negeri ini yang setakat ini mempunyai 1,300 koperasi dengan kirakira 500,000 anggota.

Beliau berkata secara keseluruha­nnya Coop City Bandar Penawar yang dibangunka­n bersama antara ANGKASA dan Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) itu merangkumi tiga fasa pembanguna­n bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar RM217 juta di tanah seluas 22 hektar di Bandar Penawar.

Pembinaan projek itu adalah menggunaka­n konsep yang sama seperti bandar koperasi pertama serta terbesar di dunia iaitu Bronx, New York, Amerika Syarikat.

“Pembanguna­n bercampur ketiga-tiga fasa secara keseluruha­nnya melibatkan 640 unit termasuk kedai, rumah teres dua tingkat serta rumah mampu milik Johor,” katanya.

Abdul Fattah berkata pihaknya berterima kasih kepada kerajaan Johor yang menawarkan tanah di kawasan Bandar Penawar bagi tujuan pembanguna­n berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh anggota koperasi di negeri ini supaya mengambil peluang merebut membeli projek pembanguna­n yang disediakan di Coop City memandangk­an kedudukann­ya yang berhampira­n Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Pengerang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia