Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua FARC kena strok

-

BOGOTA: Ketua kumpulan pemberonta­k FARC di Colombia, Rodrigo Londono, telah dimasukkan ke hospital kelmarin selepas mengalami serangan angin ahmar, dan berada dalam keadaan memuaskan, menurut para doktor di klinik.

Londono, 58, yang dikenali dengan ‘ nom de guerre’ ‘ Timochenko’, sudah sedarkan diri selepas dimasukkan ke sebuah hospital universiti di bandar Villavicen­cio di tengah Colombia, menurut kepada para doktor di fasiliti tersebut.

Klinik itu terletak berhampira­n kawasan di mana Pasukan Bersenjata Re v o l u s i Co l o m b i a (FARC) mengumumka­n ia telah menamatkan proses penyerahan senjata hanya beberapa hari sebelumnya, memansuhka­n secara efektif pasukan gerila bersenjata tertua di Amerika Latin selepas perang saudara selama lebih setengah abad.

Timochenko memberikan jaminan kepada para penyokong melalui Twitter bahawa semuanya dalam keadaan baik, ketika beliau mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang bimbang mengenai kesihatann­ya dan para doktor yang merawatnya.

Para doktor menyatakan ketua FARC itu datang sendiri ke hospital selepas menyedari perubahan pada cara percakapan­nya dan hilang kekuatan otot terutama pada lengan kirinya.

Ketua klinik Lydis Herrera memberitah­u wartawan Timochenko didiagnos dengan serangan menyerupai angin ahmar dikenali sebagai serangan ‘transient ischemic’, sambil menambah simptom tersebut berkuranga­n 90 peratus.

Orang yang mempunyai jenis keadaan sebegini adalah selalunya dimasukkan di hospital selama 24 hingga 48 jam selagi sehingga tiada lagi komplikasi, menurut Herrera.

“Timochenko telah sedarkan diri, malah sempat bergurau,” menurut Pastor Alape, juga ketua FARC.

Satu kenyataan FARC menyatakan Timochenko dalam keadaan stabil.

Timochenko berasa simptom pertama ketika bersiap untuk melawat salah satu daripada 26 kawasan di seluruh negara di mana 7,000 anggota FARC berkumpul untuk proses kembali kepada masyarakat awam.

Satu perjanjian damai nyaris ditolak rakyat Colombia pada referendum tahun lepas sebelum ia dirangka semula dan dikemukaka­n kepada Kongres.

Sejak itu, proses damai dicemari dengan keganasan yang berterusan melibatkan kumpulan bersenjata lain.

Konflik bermula ketika FARC memberonta­k pada 1964, menyebabka­n 260,000 mati, lebih 60,000 hilang dan tujuh juta hilang tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia