Utusan Borneo (Sarawak)

Kekacauan di CAR, 15 lagi maut

-

BANGUI: Sekurangku­rangnya 15 orang terkorban dalam pertempura­n di antara tentera pengaman PBB dan bekas pemberonta­k di tengah wilayah terpencil kronik Republik Afrika Tengah ( CAR), seorang sumber kemanusiaa­n berkata kelmarin.

Keganasan berlaku pada Sabtu lepas di pekan pasar Kaga- Bandoro ketika pemberonta­k dari bekas pergerakan Seleka bagi kebanyakan pejuang Islam yang menyerang pekan “untuk menyelesai­kan satu masalah lama,” seorang sumber di MINUSCA, misi PBB yang mempunyai kirakira 12,000 anggota tentera di negara tersebut, memberitah­u AFP.

“Me r e k a (b e k a s pemberonta­k Seleka) telah berdepan dengan kontinjen Pakistan dan Burundi yang berada di pekan ini,” menurut sumber PBB.

“Pa s u k a n te n t e r a MINUSCA telah melakukan tugas mereka dan melindungi populasi awam” di pekan, kira-kira 400 kilometer di utara bandar utama Bangui, tambah sumber tersebut.

Pemberonta­k Seleka telah merampas kuasa sekejap pada Mac 2013 dan mengguling­kan Presiden Kristian Francois Bozize.

Kumpulan Seleka itu sendiri kemudian dijatuhkan, membawa kepada satu gelombang pembalasan kejam terhadap populasi Islam oleh militia Kristian anti-Balaka.

Pertempura­n sehingga hujung bulan lepas telah menyebabka­n kira- kira 100 orang terkorban di pekan tengah Bria hanya beberapa jam selepas kerajaan menandatan­gani satu perjanjian damai dengan kumpulan pemberonta­k bertujuan untuk menamatkan keganasan perkauman yang berleluasa mana telah membelengg­u negara Afrika Tengah itu sejak 2013.

Walaupun keganasan telah lama melibatkan militia Kristian anti-Balaka terhadap kebanyakan pemberonta­k Islam bekas Seleka, terdapat perpecahan yang berlaku di dalam beberapa kumpulan bersenjata yang merebak menjadi kekacauan berdarah.

Keganasan muncul semula pada penghujung Mei lalu di Kaga-Bandoro, pekan utama di wilayah Nana- Grebizi di mana kira- kira 20,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik dalam negara ditempatka­n sejak tahun lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia