Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan tembakan di masjid Perancis, lapan cedera

-

MARSEILLE: Lapan termasuk seorang kanakkanak perempuan cedera ringan lewat kelmarin dalam kejadian tembakan di depan sebuah masjid di tenggara Perancis di bandar Avignon, menurut pejabat pendakwa raya yang menolak faktor keganasan.

Menurut keterangan awal yang diambil di tempat kejadian, sekurangku­rangnya dua lelaki keluar dari sebuah kereta sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan berhampira­n masjid dan melepaskan tembakan, menurut pendakwa raya.

“Daripada apa yang kita ketahui petang ini, masjid itu bukan sasarannya.

“Kenyataann­ya bahawa ia berlaku di jalan raya berdekatan bangunan keagamaan langsung tiada kaitan dengan keganasan,” menurut pendakwa raya.

Keterangan saksi menyebut empat lelaki di dalam kereta, kesemuanya memakai baju sejuk dengan hud.

Jabatan siasatan jenayah telah mengambil alih pendakwaan bagi kes tersebut.

Kejadian tembakan berlaku beberapa hari selepas seorang lelaki pada Khamis lepas cuba merempuh penganut di luar masjid Creteil di tenggara Paris dengan keretanya.

Pemandu tersebut, seorang rakyat Armenia berusia 43 tahun yang mengalami ma s a l a h sk i z o f r e n i a , melanggar penghadang dan tiang di luar masjid dengan kenderaan pacuan empat roda tanpa menyebabka­n sebarang kecederaan sebelum melanggar tiang trafik.

Menurut sumber siasatan, suspek melakukan kenyataan mengeliruk­an mengenai hubungan dengan rangkaian serangan pengganas di Perancis yang mengorbank­an 239 nyawa sejak 2015.

Selepas serangan van terhadap penganut yang meninggalk­an Masjid Taman Finsbury di London pada 19 Jun yang menyebabka­n seorang terkorban dan 11 orang tercedera, komuniti Islam di Perancis turut merasakan terancam.

Sebahagian pegawai Islam menyatakan insiden di Paris sebagai satu serangan dan menyeru pihak berkuasa agar memperkuku­hkan perlindung­an di masjid.

Pesuruhjay­a polis Paris menjelaska­n arahannya bagi keadaan berjaga-jaga dalam melindungi tempat ibadat umat Islam. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia