Utusan Borneo (Sarawak)

Bas langgar trak di Jerman hangus

Pihak berkuasa khuatir 17 mangsa hilang rentung dalam kebakaran itu

-

MUNICH: Sehingga 17 orang dikhuatiri mati selepas sebuah bas pelancong terbakar sejurus bertembung dengan trak treler di selatan Jerman semalam, menurut polis.

“Kami berfikiran realistik dan akan mengesahka­n beberapa kematian untuk dilaporkan pada penghujung hari ini,” kata jurucakap polis Juergen Stadter kepada saluran berita NTV yang bersiaran secara langsung.

Hanya sekelumit harapan bahawa 17 orang yang hilang selepas kemalangan itu akan ditemui hidup di luar bas tersebut yang hangus sepenuhnya hingga tinggal rangka, tambah beliau.

“Mungkin ada yang sempat melarikan diri dalam keadaan terkejut,” jelas Stadter.

Seorang lagi jurucakap polis Anne Hoefer berkata, terdapat kemungkina­n besar beberapa orang tidak sempat keluar dari bas tersebut tetapi setakat ini mereka tidak pasti lokasi 17 mangsa yang hilang.

Bas malang itu membawa 46 penumpang dan dua pemandu ketika merempuh treler dalam kesesakan trafik di lebuh raya A9 dekat bandar Bavaria Stammbach.

Nahas yang berlaku sejurus selepas jam 7 pagi itu kemudian menyebabka­n bas tersebut terbakar.

Kira-kira 31 mangsa cedera dikeluarka­n dari bas tersebut, kata Hoefer.

Imej televisyen bagaimanap­un cuma menunjukka­n bangkai bas yang hangus.

Menurut akhbar Bild, bas tersebut dalam perjalanan dari wilayah timur Lausitz ke Nuremberg.

Kemalangan berlaku dekat bandar Bayreuth yang menarik ribuan peminat muzik klasik setiap musim panas untuk mengunjung­i festival operanya.

Wilayah dekat sempadan Republik Czech itu juga dilatari spa dan istana lama, manakala A9 merupakan lebuh raya utama yang menjurus kepada lokasi popular percutian musim panas.

Satu pasukan kecemasan yang turut meliputi anggota bomba dan pekerja penyelamat masih berada di tempat kejadian ketika trafik di lebuh raya dihalang di kedua-dua arah.

Mangsa yang cedera diterbangk­an dengan helikopter penyelamat ke hospital, kebanyakan­nya mengalami kecederaan parah.

Sekiranya mereka yang hilang disahkan maut, insiden tersebut yang berlaku pada permulaan musim percutian musim panas adalah antara yang terburuk berlaku di Jerman.

Antara nahas terburuk sejak beberapa tahun lalu adalah kemalangan pada Jun 2007 apabila 13 maut setelah bas pelancong yang dinaiki mereka terbabas dari jalan raya lalu terhumban ke dalam gaung setinggi beberapa meter di negeri timur Saxony- Anhalt.

Pada September 1992, 21 mati apabila sebuah bas terbabas dari lorongnya lalu melanggar sebuah trak dan merempuh pembahagi jalan di wilayah selatan Black Forest yang merupakan destinasi utama pelanconga­n.

Di seluruh Eropah pula, kali terakhir nahas maut sedemikian dilaporkan adalah pada 21 Januari lalu di Itali, di mana kemalangan melibatkan sebuah bas dari Hungary yang membawa sekumpulan remaja menyaksika­n 16 kematian.

Di Perancis, pertembung­an di antara sebuah trak dan sebuah bas membawa sekumpulan pesara pada Oktober 2015 meragut 43 nyawa setelah kedua-dua kenderaan itu terbakar. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TRAGEDI NGERI: Gambar pegun daripada video yang dirakam semalam menunjukka­n anggota bomba menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di mana bas pelancong terbakar setelah melanggar lori di lebuh raya A9 dekat Muenchberg.
— Gambar Reuters TRAGEDI NGERI: Gambar pegun daripada video yang dirakam semalam menunjukka­n anggota bomba menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di mana bas pelancong terbakar setelah melanggar lori di lebuh raya A9 dekat Muenchberg.
 ?? — Gambar Reuters ?? KINI STABIL: Gambar fail 25 November tahun lepas menunjukka­n Londono mengadakan sidang akhbar di Bogota.
— Gambar Reuters KINI STABIL: Gambar fail 25 November tahun lepas menunjukka­n Londono mengadakan sidang akhbar di Bogota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia