Utusan Borneo (Sarawak)

Ennette, Julora

pemenang Miss Sarawak Earth & Miss Sarawak Petite Earth 2017

-

Ennette Faith Solomon, 18 tahun, dan Julora Laura Raggai, 26 tahun, masing-masing diumumkan sebagai pemenang dan menerima gelaran Miss Sarawak Earth dan Miss Sarawak Petite Earth tahun 2017. MISS EARTH merupakan salah satu pertanding­an kecantikan antarabang­sa bagi mempromosi­kan pemeli- haraan dan pemulihara­an alam sekitar.

Upacara pemahkotaa­n Miss Sarawak Earth dan Miss Sarawak Petite Earth telah diadakan pada 18 Jun di salah sebuah hotel di sini.

Penerima-penerima lain termasuk Miss Sarawak Earth Air (Jean Seymour Harry, 20 tahun); Miss Sarawak Earth Water (Vivianna Jimbun, 25 tahun); Miss Sarawak Earth Fire (Marzella Sigai, 24 tahun); Ambassador for Eco Beauty (Maria Madelina Sujie, 21 tahun); Ambassador For Eco Tourism (Elicka Hii Ai Lie, 21 tahun), dan Ambassador For Culture, Heritage and Tradition (Adriana Terrence, 26 tahun).

Bagi kategori Miss Sarawak Petite Earth, penerima-penerima lain termasuk Miss Sarawak Petite Earth Climate (Claudia Pangkas, 23 tahun); Miss Sarawak Petite Earth Culture (Adriana Edwin, 23 tahun); Miss Sarawak Petite Earth Eco Tourism (Jeneina Layah Jenau, 22 tahun).

Termasuk Ambassador For Environmen­tal Goodwill (Carmilla Ivy Daniel Manja, 23 tahun); Ambassador For Eco Beauty (Gloria Kelbin, 21 tahun); Ambassador For Culture and Heritage (Klyffina Kos, 20 tahun) dan Ambassador For Sustainabl­e Energy (Agnes Berangan Jilum, 22 tahun).

Bagaimanap­un, Ennette, Jean, Vivianna, Marzella dan Maria telah disenaraik­an untuk mewakili Sarawak ke pertanding­an Peringkat Kebangsaan Miss Malaysia Earth yang akan berlangsun­g di Syeun Hotel, Ipoh, Perak dari 20 sehingga 31 Julai ini.

 ??  ?? CANTIK: Julora dimahkotak­an oleh Duta Miss Malaysia Petite Earth 2016 Eleanor baru-baru ini.
CANTIK: Julora dimahkotak­an oleh Duta Miss Malaysia Petite Earth 2016 Eleanor baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia