Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli perniagaan terlepas tali gantung

-

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan tekstil dari Indonesia menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaska­nnya daripada pertuduhan mengedar dadah syabu seberat 673.4 gram, tahun lepas.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes Dedy Saputra, 31, di akhir kes pem- belaan.

Dalam penghakima­nnya Ab Karim berkata mahkamah mendapati tertuduh tidak mempunyai pengetahua­n terhadap pemilikan dadah tersebut yang ditemui dalam sebuah peti besi di bilik utama rumah sewanya.

Katanya ini kerana tertuduh sendiri telah membawa anggota polis ke rumah itu dan hasil pemeriksaa­n menemui dadah di dalam peti besi bersama bil Astro yang tertera nama tertuduh.

“Penemuan bil Astro milik tertuduh juga tidak munasabah berada di dalam peti besi itu sedangkan barangan peribadi tertuduh yang lain semuanya berada di bilik kedua,” katanya.

Dedy yang menetap di Malaysia dan berkahwin dengan wanita negara ini didakwa mengedar dadah berbahaya jenis syabu seberat 673.4 gram di sebuah kondominum di Dang Wangi, pada 4.45 petang, 3 April lepas.

Bapa kepada seorang anak lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B ( 1) ( a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil dalam prosiding perbicaraa­n yang bermula Feb lepas.

Pendakwaan kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N.Sivanantha­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia