Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu tampil buat laporan jika kena buli

-

KUALA LUMPUR: Guru yang menjadi mangsa buli pelajar mereka perlu tampil membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah bagi membolehka­n satu panel siasatan ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya.

T i m b a l a n M e n t e r i P e n d i d i k a n , D a t u k P. Kamalanath­an berkata laporan itu perlu bagi membolehka­n panel berkenaan menyiasat kesahihan perkara tersebut serta mengambil tindakan untuk menggelakk­annya daripada berulang.

“Kalau guru enggan membuat laporan polis, mereka disaran agar membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah supaya pihak ketiga dalam sistem pendidikan boleh jalankan siasatan lanjut mengenai punca berlakunya kejadian buli melibatkan guru.

“Kita hendak cari penyelesai­an terbaik dan mungkin ada bukti murid-murid melakukan perkara tersebut, maka tindakan seperti kaunseling boleh dilakukan bagi mencegah gejala buli daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran Bulan Kecergasan ‘Fit For Life’ di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai di sini semalam.

Kamalanath­an berkata pihaknya sedia maklum terdapat segelintir guru yang enggan membuat sebarang laporan berhubung pelajar membuli guru kerana bimbangkan keselamata­n diri dan keluarga masing-masing.

Kamalanath­an berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.

Selain itu, katanya wujud juga kebimbanga­n dalam kalangan guru akan hukuman yang bakal dikenakan terhadap pelajar terbabit sekiranya laporan dibuat kepada pihak polis atau pengurusan sekolah.

Bagaimanap­un, Kamalantha­n berkata laporan tersebut bukanlah bertujuan menghukum pelajar terbabit sebaliknya memberi kefahaman kepada pelajar mengenai peranan guru- guru di sekolah sama seperti ibu bapa yang ingin mendidik anakanak menjadi cemerlang dan bangsa berjaya.

Persatuan Penguna Pulau Pinang (CAP) sebelum ini mendedahka­n kalangan guru turut menjadi mangsa buli pelajar bermasalah di sekolah sekali gus menyumbang kepada peningkata­n budaya gengsteris­me di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia