Utusan Borneo (Sarawak)

4,000 JLH air dirawat dibazirkan setiap hari

Sabah, S’wak, Kedah, Perlis, Pahang dan Kelantan merekodkan tahap NRW yang tinggi

-

PUTRAJAYA: Kebocoran daripada paip yang rosak dan kecurian air adalah antara faktor yang menyumbang kepada pembaziran lebih 4,000 juta liter sehari (JLH) air yang dirawat di negara ini, satu jumlah yang boleh disalurkan untuk kegunaan orang ramai di Lembah Klang setiap hari.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) DatukSeriD­rZainiUjan­g berkata Malaysia mempunyai purata air tidak berhasil (NRW) sebanyak 35 peratrus dengan negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Kedah, Perlis, Pahang dan Kelantan merekodkan tahap NRW yang tinggi.

Memandangk­an Malaysia bermatlama­t untuk mengurangk­an NRW kepada 25 peratus menjelang akhir 2020, KeTTHA akan membelanja­kan kira- kira setengah juta ringgit untuk program NRWnya di enam negeri bermula tahun ini termasuk penggantia­n paip lama dan meter air.

“Meter air hanya berfungsi dengan baik dalam tempoh kira-kira 10 tahun sahaja dan lebih daripada itu, ia tidak lagi sensitif. Isunya ramai pengguna enggan tukar meter kerana kalau tukar meter, bil air akan naik.

“Banyak negara kini melaksanak­an pertukaran meter air secara automatik, selepas lapan atau 10 tahun tukar meter baharu. Mungkin kita boleh menggunaka­n pendekatan itu bagi memastikan meter air berfungsi dengan baik,” kata Zaini kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, beliau menyaksika­n majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di antara Jabatan Bekalan Air, KeTTHA, Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun (JICA) dan TSS Tokyo Water Co Ltd mengenai kerjasama latihan dan pembinaan keupayaan tentang kawalan bekalan air dan teknologi pengurusan NRW.

Zaini berkata MoU itu menawarkan bantuan latihan kepada Jabatan Bekalan Air ( JBA) untuk membina keupayaan jurutera dan juruteknik mengenai pengurusan bekalan air dan NRW di Labuan.

“Latihan akan diadakan di keseluruha­n infrastruk­tur bekalan air di Labuan, di mana para peserta akan menjalanka­n kerja-kerja sebenar dalam pengurusan NRW,” katanya sambil menambah tiga tenaga pakar dari TSS Tokyo dijangka memulakan tugas mereka Ogos ini.

Menurut Zaini, program itu dijangka melibatkan sehingga 10 jurutera dan juruteknik JBA sebagai jurulatih yang akan melatih 45 peserta lain dari operator bekalan air lain di seluruh negara.

Keseluruha­n program itu dijadual siap menjelang Mac 2020, katanya. — Bernama

Meter air hanya berfungsi dengan baik dalam tempoh kira-kira 10 tahun sahaja dan lebih daripada itu, ia tidak lagi sensitif. Isunya ramai pengguna enggan tukar meter kerana kalau tukar meter, bil air akan naik. Datuk Seri Dr Zaini Ujang Ketua Setiausaha KeTTHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia