Utusan Borneo (Sarawak)

Larian Obor Sukan SEA di Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 tiba Markas Pasukan Polis Marin, di sini kelmarin.

Seramai 800 peserta menyertai larian obor di Pulau Pinang yang merupakan negeri kesembilan dilalui Obor Sukan SEA ke29 selepas Sarawak. Larian bermula pada 8 Jun lalu.

Permulaan larian di negeri ini bermula den- gan pelepasan enam perenang yang diketuai Insp Adni Shaari membawa obor merentasi Pantai Jerejak bermula 6.30 pagi dan tiba di Jeti Markas Pasukan Polis Marin Batu Uban di sini kira- kira jam 8.45 pagi.

Sejurus tiba di Markas pasukan Polis Marin, Larian Obor KL 2017 disambut oleh Komandan Pasukan Polis Marin ACP Rosman Ismail sebelum diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Pulau Pinang Syed Shaari Syed Abdullah.

Larian Obor KL2017 peringkat Pulau Pinang k e m u d i a n d i t e r - uskan dengan acara pelepasan oleh Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye. Larian menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri itu diketuai Syed Shaari.

Obor berkenaan akan dipamer kepada orang ramai di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban dari 12 tengah hari hingga 5 petang hari ini sebelum dibawa oleh pelari ke Seberang Perai.

Di Seberang Perai, obor akan dipamer pada Rabu ini di Dewan Sri Mutiara di Politeknik Seberang Perai sebelum pelari membawa obor itu ke Perak keesokanny­a.

Larian Obor KL2017 dijadual berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke29. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia