Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan ruang eratkan silaturahi­m: Gerawat

- Oleh W. Bolly Ongie

TIMBALAN Speaker DUN, Datuk Gerawat Gala mahu hubungan baik dan rapat di kalangan masyarakat di kawasannya dikekalkan dengan menjadikan musim perayaan sebagai peluang dan ruang mengeratka­n hubungan dan silaturahi­m di kalangan mereka.

Katanya, amalan kunjung-mengunjung­i pada hari raya secara tidak langsung turut mengeratka­n hubungan persaudara­an dan juga persahabat­an di kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama di konstituen­si Mulu.

“Sehubungan itu, ahli-ahli rombongan yang menyertai saya sempena kunjungan hari raya Aidilfitri kali ini terdiri daripada rakanrakan daripada pelbagai kaum, Orang Ulu, Iban serta Cina, sebagai menggalakk­an dan membuktika­n perpaduan yang amat baik di kalangan penduduk di Kampung Melayu Lubok Nibong di sini,” jelasnya.

Justeru, beliau melahirkan rasa amat terharu dengan lawatan kali ini yang menyaksika­n pengunjung yang ramai, sejumlah 64 orang, yang didatangka­n khas menggunaka­n sebuah bot ekspress yang disewa khas oleh Gerawat sendiri, sekali gus menunjukka­n kerjasaman penuh di antara kaum yang ada.

Gerawat yang juga ADUN Mulu memberitah­u Kampung Melayu Lubok Nibong ialah satu-satunya Kampung Melayu dalam konstituen­si Mulu dan ia amat istimewa sekali kepada penduduk dan rakyat di kawasan berkenaan.

Justeru kehadiran Gerawat ke kampung berkenaan turut membawa khabar gembira apabila beliau bersetuju dengan permohonan ketua kaumnya, Medli Moss, agar membina sebuah jeti di kampung tersebut.

“Kedua ialah kita akan membina projek jalan simen di sekeliling rumah yang ada di kampung ini dan ketiga ialah permohonan mengenai jalan raya akan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia