Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi negara kekal stabil dan kukuh, kerajaan teruskan usaha

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tetap berupaya mencapai banyak kejayaan yang boleh dibanggaka­n meskipun berdepan cabaran, daripada ketidakten­tuan pasaran antarabang­sa, kejatuhan harga minyak, sehinggala­h kepada tindakan mensabotaj ekonomi dan memburuk- burukkan negara oleh pihak pembangkan­g.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata secara keseluruha­nnya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion.

Malaysia mendapat banyak pengiktira­fan antarabang­sa, membuktika­n dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhka­n ekonomi negara adalah langkah yang tepat dan membuahkan hasil, katanya dalam catatan terbaharu di laman blog beliau, www. najibrazak. com disini, kelmarin.

Selain daripada pencapaian ekonomi, Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan turut berkongsi pencapaian negara dalam bidang pelaburan asing, pembanguna­n, kualiti hidup, pendidikan dan banyak lagi.

Antara pencapaian tersebut ialah agensi antarabang­sa Pricewater House Coopers telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$1.5 trilion ( AS$ 1 = RM4.26) menjelang 2030.

“Bank Dunia turut mengiktira­f ekonomi Malaysia dengan memberi semakan semula unjuran pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi bagi tahun 2017 iaitu 4.9 peratus. Malah, unjuran pertumbuha­n ekonomi bagi 2018 dan 2019 turut diberi semakan semula lebih tinggi iaitu 4.9 peratus dan 5.0 peratus, peningkata­n sebanyak 0.4 peratus dan 0.5 peratus masing- masing,” katanya.

Baru- baru ini juga, katanya, laporan Bloomberg turut meletakkan Ringgit Malaysia sebagai mata wang utama Asia paling stabil pada suku ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan pada 4.2965/ 2995 daripada 4.2920/ 2950 berbanding dolar AS pada Jumaat lepas.

Mengenai FDI, Najib berkata, tahun ini juga menyaksika­n banyak pelaburan langsung asing masuk ke dalam negara yang membuktika­n keyakinan pelabur terhadap keteguhan ekonomi Malaysia.

“Jika pada tahun 2016, kita telah berjaya membawa masuk banyak pelaburan asing dari China hasil lawatan saya ke sana dengan pertukaran Memorandum Persefaham­an perniagaan bernilai RM144 bilion, tahun 2017 menyaksika­n lebih banyak pelaburan asing kita terima, bukan sahaja dari China, tetapi juga Arab Saudi, India serta banyak lagi,” katanya.

Mengenai hasil lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia buat pertama kalinya, Perdana Menteri berkata negara menerima pelaburan berjumlah RM31.08 bilion melalui syarikat Saudi Arabian Oil Company ( Saudi ARAMCO) dalam Projek Pembanguna­n Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang di Johor.

“Malah, selain daripada FDI, Baginda Raja Salman turut berkenan meningkatk­an jumlah biasiswa pelajar Malaysia di Arab Saudi sebanyak 3 kali ganda, dan juga menambah kuota haji Malaysia daripada 27,900 kepada 30,200, Alhamdulil­lah,” katanya.

Najib j uga mengimbas lawatan beliau ke India yang menyaksika­n 31 pertukaran Memorandum Persefaham­an perniagaan bernilai RM158.4 bilion, dan juga pelaburan melalui Surat Hasrat berjumlah RM1.6 bilion serta kerjasama syarikat Malaysia dan India membabitka­n pembanguna­n berjumlah RM141.4 bilion.

“Tetapi malangnya, walaupun ekonomi Malaysia menerima pengiktira­fan badan penarafan antarabang­sa, keyakinan pelabur luar, ada ‘pakar ekonomi’ pembangkan­g yang masih beria-ia memburukka­n ekonomi negara hanya untuk kepentinga­n politik peribadi,” katanya.

Namun, katanya, walaupun serangan daripada pihak pembangkan­g itu, kerajaan akan terus mengusahak­an yang terbaik buat semua rakyat Malaysia, dan dalam hal ini bermakna negara akan terus mengalu-alukan pelaburan asing selagi ia memberi tambah nilai kepada ekonomi dan menyediaka­n peluang pekerjaan buat rakyat.

Sementara itu, Najib juga menyentuh tentang diskusi dan perbincang­an mengenai hala tuju masa depan negara untuk generasi akan datang melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Setakat 6 bulan pertama tahun ini sahaja, katanya, banyak forum, siri jelajah, perbincang­an, perkongsia­n idea dan pendapat melalui media sosial telah adakan di seluruh negara.

“Insya-Allah, ini baru permulaan, akan ada lebih banyak perbincang­an bagi kita mencorak masa depan yang diingini oleh mereka yang akan mewarisi negara ini daripada kita,” katanya.

Kerajaan, kata Najib, juga amat mengambil berat tentang aspek pembanguna­n.

“Antara projek-projek utama InfraRakya­t yang telah, sedang dan akan terus kita laksanakan adalah Lebuhraya Pan Borneo, Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, dan sudah tentu, Mass Rapid Transit,” katanya.

Dalam bidang pendidikan pula, Perdana Menteri berkata, kerajaan kini berbangga Malaysia adalah lokasi di mana terletakny­a 5 universiti dalam kalangan 300 terbaik dunia, iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

“Sayaturutm­elancarkan­Jelajah Pendidikan Bumiputera, di mana kita bertindak keluar mencari para pelajar Bumputera yang ingin belajar tetapi kurang berkemampu­an bagi memastikan mereka memperoleh peluang sama rata untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga,” katanya.

Menurut Najib, banyak lagi yang telah dikecapi negara, antaranya pewujudan Zon Perdaganga­n Bebas Digital dan juga penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap KanakKanak yang akan menjaga dan memberi perlindung­an kepada mereka sebagai permata dan pewaris masa depan negara.

“Alhamdulil­lah, kesemua pencapaian ini hanya mampu kita kecapi hasil usaha gigih dan tanpa lelah ramai dalam kalangan kita, daripada pucuk pimpinan sehinggala­h ke akar umbi dan rakyat kesemuanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia