Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan sedia timbang tubuh yayasan bahasa Iban

Tiba masa wujud badan pastikan bahasa Iban terus relevan dengan keperluan masyarakat: Uggah

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Kerajaan negeri sedia mempertimb­ang cadangan menubuhkan yayasan bahasa Iban atau pusat penyelidik­an dan penerbitan bagi memelihara, mengembang dan mempromosi bahasa itu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sudah sampai masanya badan tersebut ditubuh bagi memastikan bahasa Iban terus relevan dengan keperluan masyarakat masa kini.

Katanya, yayasan atau pusat penyelidik­an bahasa itu nanti boleh menjadikan Yayasan Bahasa KadazanDus­un ( YBKD) sebagai rujukan dalam memelihara dan mengembang­kan bahasa Iban.

“Kadangkala masyarakat Iban berbangga dan menganggap bahasa mereka sudah berkembang kerana dijadikan salah satu program akademik di dua institut perguruan.

“Persoalann­ya di sini, apakah masa depan bahasa Iban?

“Jika mahu bahasa ini berkembang dan diterima sebagai bahasa moden relevan masyarakat kontempora­ri, bahasa itu perlu diselidiki dan diterbit melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka atau seumpamany­a,” katanya.

Uggah berkata demikian berucap merasmikan Konferen Antarabang­sa Bahasa Iban dan Etnografi 2017 (ICILE2017) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sarawak, Miri, semalam.

Uggah juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, beliau membincang­kan cadangan penubuhan yayasan atau pusat penyelidik­an itu dengan Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil bagi meneliti lebih lanjut.

“Timbul juga hujah bahawa bahasa Iban kurang mempunyai nilai komersial, justeru usaha untuk mengembang­kan bahasa ini perlu diberi perhatian.

“Melalui badan ini kerajaan dapat memainkan peranan lebih agresif dalam pembanguna­n bahasa Iban,” katanya.

Uggah menggesa agar lebih

Jika mahu bahasa ini berkembang dan diterima sebagai bahasa moden relevan masyarakat kontempora­ri, bahasa itu perlu diselidiki dan diterbit melalui institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka atau seumpamany­a. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

banyak sumber rujukan seperti majalah, jurnal dan buku ilmiah berkaitan bahasa Iban diterbitka­n.

Beliau mengambil contoh DBP banyak menerbitka­n sumber rujukan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya dan Pelita Bahasa.

“Sedangkan tiada satupun majalah atau jurnal bahasa Iban diterbit secara rutin kecuali majalah komersial seperti Pegari.

“Ini menunjukka­n usaha kaum Iban untuk membangunk­an sumber rujukan ilmiah masih berkuranga­n,” katanya.

Uggah menambah, setakat ini usaha menerbitka­n kamus dilakukan Yayasan Tun Jugah ( TJF) iaitu Kamus Dewan Iban-Melayu yang diterbitka­n pada 2015 mengandung­i 11,530 entri dan 9,710 subentri dan dicetak untuk edisi kedua.

Manakala kamus paling terbaharu ialah ‘Dictionary of the Century’ yang mengandung­i 30,000 entri dan dilancar TJF pada 2016.

“Adakah dua kamus ini mencukupi dan memadai dalam usaha kita menjadikan bahasa Iban bersifat kontempora­ri dalam konteks masyarakat moden dan membangun? Kamus kontempora­ri perlu mengandung­i terminolog­i luas,” kata Uggah.

Pada majlis tersebut Ug- gah mengumum peruntukan sebanyak RM30,000 daripada kerajaan negeri manakala Dr Penguang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi masing-masing RM10,000.

Sementara itu persidanga­n ini dianjurkan oleh Ketua Masyarakat Iban Bahagian Miri dengan kerjasama IPG Kampus Sarawak Miri.

Antara kertas kerja dibentang antaranya ‘Pemansang Jaku Iban’ oleh Dr Chemaline Osup iaitu Ketua Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, ‘Nanka Adat Asal’ oleh Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Neilson Ilan Mersat dan ‘Adat Ngulit dan Tebalu Iban’ oleh Pengarah Penyelidik­an Yayasan Tun Jugah, Dr. Robert Menua Saleh.

Hadir sama Dr Penguang, pengerusi pengelola merangkap Pemanca masyarakat Iban Daerah Miri Pemanca Wilson Siang Lim, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak Gumbang Pura, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohd Yusoff dan Pegawai JASA Miri Lukanisman Awang Suani.

 ??  ?? SIMBOLIK: Uggah melakukan gimik sempena pelancaran Konferen Antarabang­sa bahasa Iban dan Etnografi 2017 di IPG Kampus Sarawak Miri semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Lukanisman, Abdul Aziz, Sherrina, Dr Penguang manakala (dari kanan) Gumbang dan...
SIMBOLIK: Uggah melakukan gimik sempena pelancaran Konferen Antarabang­sa bahasa Iban dan Etnografi 2017 di IPG Kampus Sarawak Miri semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Lukanisman, Abdul Aziz, Sherrina, Dr Penguang manakala (dari kanan) Gumbang dan...
 ??  ?? MENJAMU SELERA: Nancy dan Awla duduk makan bersama penduduk Rumah Panjang Sekendu, Simunjan.
MENJAMU SELERA: Nancy dan Awla duduk makan bersama penduduk Rumah Panjang Sekendu, Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia