Utusan Borneo (Sarawak)

Perantau dibuang majikan selepas ditimpa kecelakaan di tempat kerja

-

KUCHING: Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib seorang perantau yang dibuang majikannya setelah ditimpa kecelakaan di tempat kerja.

Lee Tian Chan @ Ong Kee Meng, 44, yang berasal dari Kuala Selangor, kini menumpang teduh di rumah rakannya di Sejingkat bersama isteri dan anaknya yang baharu berusia dua tahun yang mana rumah berkenaan hanya mempunyai bekalan air sahaja.

Menceritak­an kisah hidupnya, Ong berkata, kecelakaan yang berlaku dua tahun lalu menyebabka­n beliau kini sukar mendapatka­n pekerjaan dan tidak mampu membuat kerja berat.

Lebih menyedihka­nnya, dia bersama isterinya terpaksa mengikat perut demi membesarka­n anak mereka dan berharap ihsan orang ramai ekoran kecelakaan itu menyebabka­n tulang pada lutut kirinya hancur dan kini hanya bergerak bergantung dengan tongkat.

Mengimbau kembali insiden kecelakaan yang menimpa dirinya, Ong berkata, dia terjatuh ketika bekerja sebelum kaki kirinya dihempap kayu besar.

“Sebaik sahaja saya keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas menerima rawatan selama 46 hari, saya balik semula ke kilang majikan saya untuk bekerja semula tetapi saya bersama isteri yang sedang sarat mengandung dihalau begitu sahaja tanpa diberi sebarang pampasan oleh majikan.

“Majikan juga enggan bertanggun­gjawab sepanjang saya dirawat di hospital, malah saya juga ditipu majikan yang sebelum ini menawarkan permit, potongan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang lapan bulan bekerja di sana,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada masa sama, Ong memberitah­u dia pernah mengadu masalah itu sebanyak tiga kali di Jabatan Tenaga Kerja di sini, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Justeru, dia berharap ada pihak bertanggun­gjawab dapat tampil membantuny­a.

“Sekarang saya dan isteri sangat susah makan pun satu kali sehari dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang hanya RM200 sebulan,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin tampil membantu meringanka­n beban Ong boleh menghubung­inya di talian 011-31945238.

 ??  ?? BANTU SAYA: Ong menunjukka­n lututnya yang berparut ekoran kecelakaan yang menimpa dirinya dua tahun lalu.
BANTU SAYA: Ong menunjukka­n lututnya yang berparut ekoran kecelakaan yang menimpa dirinya dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia