Utusan Borneo (Sarawak)

MITRAF kukuh imej Miri sebagai hab beli-belah

Penganjura­n berjaya hidupkan suasana membeli-belah, tingkat kedatangan pelancong dari Brunei

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pameran jualan perdaganga­n Miri Trade Fair ( MITRAF) anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd menguatkan imej bandaraya Miri sebagai pusat membeli-belah utama di utara Sarawak.

Datuk Bandar Adam Yii berkata, penganjura­n selama ini berjaya menghidupk­an suasana membeli- belah di Miri sekaligus menambah kunjungan pelancong dari luar Miri khasnya negara jiran Brunei Darussalam.

“Secara geografi, Miri unik kerana dekat dengan Brunei. MITRAF membantu mempromosi­kan Miri sebagai hab beli-belah dan destinasi pelanconga­n.

“Penduduk Miri juga digalak untuk memanfaatk­an peluang ini,” jelas beliau.

Adam diwakili Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Pelanconga­n Majlis Bandaraya Miri (MBM), Kaunselor Ernest Goh men-

Secara geografi, Miri unik kerana dekat dengan Brunei. MITRAF membantu mempromosi­kan Miri sebagai hab belibelah dan destinasi pelanconga­n. Adam Yii Datuk Bandar Miri

yampaikan teks ucapan beliau sebagai merasmikan MITRAF 15 di Bintang Megamall semalam.

Adam berkata, penduduk pelbagai kaum di sini menikmati keharmonia­n dan toler- ansi yang merupakan kunci kepada perpaduan.

“Saya berharap kita dapat mengekal semangat penyatuan ini di kalangan masyarakat kita, “jelas beliau.

Mengenai MITRAF, Adam mengucapka­n tahniah atas kejayaan penganjura­nnya selama 15 kali.

Penyertaan pelbagai pihak termasuk sekolah membuktika­n kukuhnya semangat kerjasama penduduk dalam menjayakan aktiviti yang dirancangk­an.

Sepanjang pesta empat hari ini, pameran makanan mini diadakan di luar dan di dalam pusat beli-belah yang menyajikan pelbagai hidan- gan tempatan termasuk kuihmuih, keropok dan makanan dibungkus.

Sekolah Menengah (SM) Riam Road turut serta dengan jualan amal dengan sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangk­an kepada badan-badan amal.

Pelawat juga boleh melawat pameran pendidikan dan melihat galeri sekolah Pei Min Middle School.

Sebanyak 75 gerai bakal mengambil bahagian yang mendapat penyertaan para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga syarikat korporat dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an merangkumi barangan elektrik dan elektronik, perabot, produk penjagaan diri dan kesihatan, makanan dan minuman, perhiasan rumah, kraf tangan,

komputer dan teknologi maklumat sehinggala­h ke pakej pelanconga­n, kursus pendidikan tinggi dan hartanah.

Penaja utama pameran perdaganga­n empat hari ialah United Fusion Sdn Bhd.

Hadir sama semalam ialah Pengerusi Eksekutif Bintang Megamall, Datuk Lau Siu Wai, Pengurus Besar Hotel Meritz John Teo dan Pemangku Pengurus Besar, Chua Chuen Chai.

 ??  ?? RASMI: Chua (kiri), Ernest (empat kiri), Datuk Lau (lima kiri), John (lima kanan) sebelum memotong reben belon tanda simbolik perasmian MITRAF15 di Bintang Megamall semalam.
RASMI: Chua (kiri), Ernest (empat kiri), Datuk Lau (lima kiri), John (lima kanan) sebelum memotong reben belon tanda simbolik perasmian MITRAF15 di Bintang Megamall semalam.
 ??  ?? RAIKAN BERSAMA: Dr Annuar (tiga kiri), Hamdi (empat kiri) bersama yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Gawai Raya, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Dr Annuar (tiga kiri), Hamdi (empat kiri) bersama yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Gawai Raya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia