Utusan Borneo (Sarawak)

Pesaka cadang tambah pesilat negara sertai Program Podium

-

K U A L A L U M P U R : Persekutua­n S i l a t K e - b a n g s a a n Malaysia (Pesaka) berhasrat men a m - bah beb e r a p a l a g i p e s i l a t kebangsaan ke dalam Program Podium yang bermatlama­t membantu Malaysia meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menjelaska­n pesilat negara wajar diberikan lebih banyak tempat dalam program berkenaan kerana sentiasa melakar keputusan positif di pentas antarabang­sa.

“Saya melihat lima pesilat yang berada dalam Program Podium ketika ini berjaya menghasilk­an keputusan positif dan kalau boleh, kita mahu tambah pesilat kerana kita bakal menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia,” katanya.

Megat Zulkarnain berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri kursus wasit dan juri antarabang­sa 2017 yang dirasmikan Presiden Pesaka Tan Sri Mohd Ali Rustam di sini, semalam.

Sejumlah 76 pengadil dari tujuh negara ASEAN - Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Laos, Vietnam dan Brunei, menyertai kursus selama lima hari itu bermula semalam.

Dalam pada i t u, Megat Zulkarnain turut menyokong kenyataan Pengerusi Institut Sukan Negara ( ISN), Datuk Seri Abdul Azi m M o h d Z a b i d i b e r - hubung proses pemilihan lebih ketat untuk mana- mana atlet kebangsaan yang mahu diserapkan ke dalam Program Podium.

Saya setuju apa beliau katakan, cuma kita perlu kaji betul-betul kerana program ini adalah yang terbaik. Apa pun, saya minta apa sahaja kita mesti kaji implikasi di atas keputusan dibuat namun saya tidak rasa mana- mana atlet akan menggunaka­n laluan tertentu untuk berada dalam Program Podium, jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia