Utusan Borneo (Sarawak)

Wong atlet veteran Sarawak bersaing pada Kejohanan Olahraga Masters Terbuka

-

KUCHING: Bekas juara lima kali Sukan SEA acara baling tukul besi, Wong Tee Kui menyertai senarai 83 atlet veteran Sarawak bersaing pada Kejohanan Olahraga Masters Terbuka Malaysia ( MIOMAC) Ke- 31 yang akan diadakan di Stadium Sarawak, Petra Jaya dari 22 hingga 23 Julai ini.

Kontinjen Sarawak akan menampilka­n penyertaan terbesar dengan seramai 58 lelaki dan 25 wanita bersaing dalam 20 kategori sepanjang kejohanan tersebut.

Selain Wong, bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek juga akan mempamerka­n semula kehandalan­nya di hadapan penyokong dalam acara 100 meter.

Turut serta pada kejo- hanan berprestij itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC), Dr Ong Kong Swee yang akan bertanding dalam acara lontar peluru.

Beberapa bekas jaguh wanita Sarawak yang mencuri tumpuan seperti pelari jarak jauh Choo Ngiik Hung, atlet pecut dan lompat jauh Liana Liew Sze dan bekas pemain hoki negara, Catherine Lambor.

Setiausaha Persatuan Olahraga Master Negeri Sarawak ( POMSAR), Ahmad Rosdzli Hashim berkata MIOMAC Ke- 31 bakal menarik peminat sukan olahraga tempatan dengan kehadiran bekas- bekas jaguh Sarawak selain penyertaan atlet ternama dari Semenan- jung Malaysia dan beberapa negara luar.

“Kita menerima sambutan menggalakk­an daripada ramai bekas atlet rantau Asia dengan 800 peserta secara keseluruha­n mengesahka­n penyertaan.

“Bagi Sarawak terdapat peningkata­n minat menyertai MIOMAC merupakan satu petanda baik kerana ke- johanan ini lebih kepada temasya untuk bekas atlet bersosial selain menggalakk­an industri pelanconga­n sukan negeri,” kata Ahmad.

Selain atlet dari Sarawak turut serta atlet- atlet dari Sabah, Semenanjun­g Malaysia, Uzbekistan, Sri Lanka, Nepal, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Brunei Darussalam dan India.

 ??  ?? AHMAD ROSDZLI
AHMAD ROSDZLI
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Lo (duduk tengah) bersama Ahmad (tiga kanan), kaunselor dan kakitangan MPP pada sidang media di Kuching.
SIDANG MEDIA: Lo (duduk tengah) bersama Ahmad (tiga kanan), kaunselor dan kakitangan MPP pada sidang media di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia