Utusan Borneo (Sarawak)

Pemenang anugerah komited bantu kanak-kanak pelarian

-

HEIDY Quah, pengasas pertubuhan Refuge For The Refugees (RFTR) hanya berumur 17 tahun apabila beliau mengambil keputusan untuk melaksanak­an aktiviti yang bermakna dan produktif dalam hidupnya sebelum melanjutka­n pelajaran ke kolej.

Selepas tamat persekolah­an sekolah menengah, wanita ini dan rakannya Andrea yang merupakan pengasas bersama RFTR mencari-cari peluang untuk menjadi sukarelawa­n apabila mereka bertemu dengan sebuah sekolah pelarian di Sungai Besi di sini yang memerlukan tenaga pengajar.

Jadi mereka pergi ke sekolah itu sebagai guru sukarelawa­n pada 2012 dan pada mulanya sekadar merancang untuk berada di sana selama hanya empat bulan.

Namun selepas empat bulan, mereka mulai sedar bahawa kanak-kanak pelarian di sekolah itu sebaliknya telah mengajar mereka untuk memberi lebih banyak lagi sebagai pulangan – iaitu nilai yang tidak dapat mereka pelajari di sekolah atau universiti.

“Apabila kami bertemu guru besarnya untuk memberitah­u masa kami di sekolah itu sudah hampir selesai kerana kami mahu memulakan pengajian kami di kolej, beliau berkata ia tidak mengapa kerana sekolah itu pun akan ditutup tidak lama kerana kekurangan dana.

“Kami terkejut apabila mendengar berita itu dan pada masa yang sama berasa ia tidak adil bagi kenakkanak tersebut. Kami akan melanjutka­n pelajaran kami sedangkan pelajaran untuk mereka akan dihentikan.

“Bagaimana kami akan membiarkan­nya begitu sahaja. Jadi kami mengambil keputusan untuk mengendali­kan RFTR sebagai projek untuk mengumpul dana dan membawa kesedaran,” kata Quah, 23, kepada Bernama.

Menurutnya, apabila lebih ramai orang datang untuk membantu kerja-kerja mereka, mereka mengambil keputusan untuk menjadikan projek tersebut sebagai pertubuhan yang bukan mencari keuntungan bagi melakukan kajian dan memiliki ketelusan dalam transaksi kewangan.

RFTR ialah pertubuhan yang mahu menyemai kesedaran mengenai pelarian Myanmar di Malaysia selain menyediaka­n pelajaran bagi kanak-kanak pelarian.

Ia mengendali 10 sekolah pelarian, sembilan di Lembah Klang dan sebuah di Pulau Pinang dan dalam proses menubuhkan 25 sekolah di Myanmar.

Bagi kerja-kerja cer- merlangnya dalam RFTR, Quah telah dipilih sebagai antara 60 penerima daripada 62 negara Komanwel untuk menerima anugerah berprestij Queen’s Young Leaders Award pada Khamis lalu di London.

Beliau yang merupakah pelajar akauntan dan kewangan di sebuah koleh swasta di sini merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menerima anugerah tersebut daripada Ratu Elizabeth 11 pada tahun ini. Beliau merupakan raky- at Malaysia kedua yang menerima medal itu selepas Calvin Woo, 22, yang menerimany­a tahun lalu atas sumbangann­ya kepada pelajar kurang bernasib baik.

“Untuk dipilih menerima anugerah ini adalah satu penghormat­an buat saya. Namun anugerah ini bukan hanya untuk saya sahaja, ia adalah untuk para aktivis yang menyokong kanakkanak kurang bernasib baik dan melakukan aktiviti yang menjadikan Malaysia sebagai tempat yang lebih baik untuk didiami.

“Tidak pernah saya terfikir dalam hidup saya, saya akan bertemu Queen apatah lagi akan menerima anugerah daripada baginda. Ini adalah lawatan ketiga saya ke London. Setiap kali saya pergi ke London, orang akan berkata hei, kamu akan bertemu Queen. Kali ini saya beritahu mereka ya saya secara literal akan bertemu Queen,” katanya.

Menyifatka­n ia sebagai mengagumka­n, beliau berkata lawatan ke London lebih daripada sekadar bertemu Queen.

“Sekadar untuk bersama rakan-rakan penerima anugerah yang lain dan menyedari setiap orang di sana akan melakukan sesuatu yang mempunyai impak ke atas negara mereka, ia akan mengujakan untuk mendengar cerita mereka dan pengorbana­n yang mereka lakukan sehingga mereka berada di mana mereka sekarang,“kata Quah menambah beliau turut teruja untuk duduk bersama di meja makan bersama Putera Harry iaitu cucu Queen se- lepas acara tersebut.

Mengenai saat ketika beliau diberitahu mengenai anugerah itu, Quah berkata ia adalah pada hari Sabtu dalam bulan November tahun lalu ketika beliau mahu makan tengah hari bersama Andrea.

“Sebelum itu saya menerima mesej teks daripada Jawatankua­sa Pemimpin Belia Queen yang bertanyaka­n sama ada saya boleh menerima panggilan kerana mereka mahu mendapat beberapa maklumat mengenai pencalonan saya.

“Kami dijadual menerima penggilan telefon pada jam 3 petang pada hari yaang sama. Jadi pada jam 3 petang, panggilan itu datang. Ia di luar jangkaan dan jantung saya berdegup kencang sehingga mereka memberitah­u saya adalah antara penerimany­a. Ia adalah hari terbaik bagi saya,” kata anak kelahiran Petaling Jaya ini.

Dilancarka­n pada 2014, anugerah itu mengiktira­f dan meraikan individu cemerlang yang berumur antara 18 hinga 29 tahun dari seluruh Komanwel yang mendahului komuniti mereka dan menggunaka­n kemahiran mereka untuk mengubah kehidupan insan.

Pemenang anugerah akan menerima pakej latihan, khidmat mentor dan rangkaian perhubunga­n termasuk program residen selama seminggu di United Kingdom di mana pada ketika itu mereka akan menerima anugerah daripada Queen.

Ditanya bagaimana beliau membahagi masa sebagai pelajar dan aktivis, Quah berkata ia memerlukan disiplin yang tinggi dan memilih keutamaan secara bijaksana.

“Saya tidak kesal melakukan apa yang sedang saya lakukan kerana saya dapat pelajari lebih banyak lagi daripada apa yang saya lakukan jika saya tidak terbabit dengan kerja-kerja ini. Berpengala­man bekerja di lapangan dan mengedali pelbagai pertubuhan meletakkan saya ke hadapan dalam soal membangunk­an kemahiran komunikasi saya.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan yang lain ialah untuk tidak takut menjadi orang yang berbeza. Dunia mengharapk­an lebih lagi daripada kita. Apabila kita bangun dan menjadi berbeza dalam prinsip kita, banyak lagi yang dapat kita capai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MASIH MUDA: Heidy menunjukka­n pingat yang diterimany­a di London.
— Gambar Bernama MASIH MUDA: Heidy menunjukka­n pingat yang diterimany­a di London.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Ahmad Zahid menyampaik­an Anugerah Perdana Belia Negara 2017 kategori pertubuhan kepada Kelab Beliawanis Sri Sepang sempena sambutan Hari Belia Negara, baru-baru ini.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Ahmad Zahid menyampaik­an Anugerah Perdana Belia Negara 2017 kategori pertubuhan kepada Kelab Beliawanis Sri Sepang sempena sambutan Hari Belia Negara, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia