Utusan Borneo (Sarawak)

DUA SELISIH MAUT

Pemandu tersepit, rakan tidak cedera 4WD dinaiki bertembung lori di Jalan Bintulu-Sibu.

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu manakala rakannya tidak mengalami kecederaan selepas kenderaan pacuan empat roda mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di hadapan pejabat Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Jalan Bintulu-Sibu, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Di-Hata Gobel berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.36 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera FRT Scania, EMRS dengan kekuatan sembilan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba (PB) Azman Johari.

“Setibanya di tempat kejadian pada jam 2.50 petang, didapati seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda, manakala penumpang wanita tidak mengalami kecederaan berjaya dikeluar dari kenderaan.

“Setelah berjaya dikeluarka­n dari kenderaan, mangsa lelaki yang tersepit dikenal pasti sebagai Yong Man Lap dibawa ke Hospital Bintulu untuk mendapat rawatan,” katanya di sini semalam.

Pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dalam kejadian berasingan di Miri, sebuah kereta terbabas ke tepi jalan selepas terlibat kemalangan kendiri di selekoh ‘maut’ di KM20 Jalan Pesisir berdekatan Kampung Bakam, Miri pagi semalam.

Bagaimanap­un, pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan serius.

Menurut sumber, kemalangan berlaku pada kira-kira jam 10 pagi setelah pemandu tidak dapat mengawal kereta ekoran keadaan jalan raya licin semasa hujan lebat.

Pemandu sebelum itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Miri ke Bekenu.

 ??  ?? BANTUAN: Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke ambulans untuk di bawa ke Hospital Bintulu.
BANTUAN: Anggota bomba dan paramedik mengusung mangsa ke ambulans untuk di bawa ke Hospital Bintulu.
 ??  ?? TERLIBAT NAHAS: Keadaan bahagian hadapan lori terlibat kemalangan itu.
TERLIBAT NAHAS: Keadaan bahagian hadapan lori terlibat kemalangan itu.
 ??  ?? REMUK: Keadaan pacuan empat roda mangsa yang terlibat kemalangan semalam.
REMUK: Keadaan pacuan empat roda mangsa yang terlibat kemalangan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia