Utusan Borneo (Sarawak)

FADILLAH CARI JALAN BANTU BINA RUMAH MANGSA KEBAKARAN

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan mencari jalan penyelesai­an bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Tupong Jaya baru-baru ini untuk membina semula kediaman mereka yang musnah.

Beliau merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya memaklumka­n akan mencari mana-mana syarikat swasta sudi menyumbang bagi pembinaan semula kediaman itu menerusi Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR).

“Saya bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman akan mencuba untuk mencari mana-mana pihak swasta yang mahu membina semula rumah mangsa ranap sepenuhnya dalam kebakaran ini.

“Malah mangsa juga menerima bantuan serta ihsan yang disumbang kami sendiri serta orang ramai yang prihatin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasukla­h Persatuan Kebajikan Petra Jaya menerusi pengerusin­ya, isteri Ketua Menteri kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran baru-baru ini di Kampung Tupong Jaya, di sini semalam.

Pada majlis penyerahan sumbangan itu, Fadillah turut menyaksika­n beberapa NGO juga tampil menghulurk­an bantuan, antaranya ialah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) serta IKRAM Malaysia.

Dalam kejadian malang itu, tujuh rumah didiami musnah dalam kebakaran berlaku pada jam 2.39 pagi, pada Syawal kesembilan lepas.

Ia dipercayai berlaku ketika semua penghuni sedang nyenyak tidur.

Dalam tujuh rumah terlibat, tiga daripadany­a musnah sepenuhnya sementara empat lagi terkena tempias kebakaran.

 ??  ?? IKHLAS: Fadillah (tengah) memeluk dan menenangka­n salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Tupong Jaya pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kuching, semalam.
IKHLAS: Fadillah (tengah) memeluk dan menenangka­n salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Tupong Jaya pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia