Utusan Borneo (Sarawak)

PEMACU UTAMA EKONOMI

Sarawak dalam proses menubuhkan Majlis Penyelidik­an yang bakal memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Sarawak kini dalam proses menubuhkan sebuah Majlis Penyelidik­an yang akan menjadi pemacu utama ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, majlis itu akan mengkaji syor daripada semua badan penyelidik­an yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi Sarawak.

“Sebenarnya kita akan menubuhkan Majlis Penyelidik­an dan tujuan majlis ini adalah untuk menyelaras semua penyelidik­an yang dijalankan di negeri ini, dan seperti yang anda tahu kita ada banyak sumber.

“Kita mempunyai banyak kekayaan tersembuny­i di dalam sumber kita yang kita perlu terokai dengan metodologi yang baik dari segi penyelidik­an,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai Gawai sempena lawatan kerja di Institut Penyelidik­an Tanah Gambut Sarawak (TROPI) di sini, semalam.

Abang Johari memberitah­u rang undang-undang untuk menubuhkan majlis itu akan dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Menurutnya penubuhan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknikal baru-baru ini selari dengan usaha tersebut kerana ia ada kaitan.

“Malah, kita akan bekerjasam­a dengan sektor swasta, dan industri, seperti Silicon Valley yang ada kapitalis perusahaan (venture capitalist­s), penyelidik­an yang dijalankan oleh Stanford dan dengan penggabung­an dua ini mewujudkan industri baharu teknologi tinggi.

“Sebab itulah saya mahu melabur lebih dalam penyelidik­an kerana pada akhirnya, kita boleh mendapatka­n semula pulangan ke atas pelaburan ini,” tegasnya.

Sebenarnya kita akan menubuhkan Majlis Penyelidik­an dan tujuan majlis ini adalah untuk menyelaras semua penyelidik­an yang dijalankan di negeri ini, dan seperti yang anda tahu kita ada banyak sumber.

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Selari dengan usaha itu, Abang Johari memberitah­u TROPI Kota Samarahan juga akan dinaik taraf.

“Jepun juga mengadakan kolaborati­f antara universiti dan institut penyelidik­an. Ia seperti kampus penyelidik­an, makmal di mana ahli akademik akan masuk dan industri juga terlibat sama dan sebab itu, kita akan menaik taraf institut di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berkata, majlis itu merupakan sebuah badan pengawal bagi semua institut penyelidik­an.

“Ia juga bertujuan untuk mengembang­kan skop penyelidik­an di Sarawak bukan hanya dalam perkara tertentu sahaja selain melindungi sumber penyelidik­an dari segi harta intelek,” katanya.

Hadir sama isteri Abang Johari Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknikal Dato Sri Michael Manyin Jawong, Penasihat Penyelidik­an Sains Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Pengarah TROPI Dr Lulie Melling, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pendidikan Datu Sudarsono Osman dan tetamu kehormat lain.

 ??  ??
 ??  ?? DIKAJI: Abang Johari menunjukka­n tabung uji kaji tanah gambut sambil ditemani (dari kiri) Jabu, Sudarsono, Manyin dan Lulie.
DIKAJI: Abang Johari menunjukka­n tabung uji kaji tanah gambut sambil ditemani (dari kiri) Jabu, Sudarsono, Manyin dan Lulie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia