Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon utama Princess Hours versi Thai temui peminat di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Para pelakon utama siri popular Thai, Princess Hours bakal menemui peminat Malaysia hari ini (Ahad), menurut dimsum dalam kenyataan di sini barubaru ini.

Sempena dengan tayangan perdana siri ini melalui dimsum, pelakon utama Tao Sattaphong Phiangphor, Pattie Ungsumalyn­n Sirapatsak­metha, Phan Stephane Saisean Pagniez serta Bebe Thanchanok Ritnaka akan membuat kemunculan istimewa pada 3 petang di Sunway Pyramid Shopping Mall, Subang Jaya.

Sepanjang acara ‘Jelajah Princess Hours’, Tao, Pattie, Phan dan Bebe bakal berkongsi kisah mereka bersama peminat termasuk interaksi istimewa menerusi pelbagai aktiviti pentas serta permainan.

dimsum, langganan servis video-on-demand (VOD) Malaysia yang dimiliki oleh SMG Entertainm­ent Sdn Bhd turut menganjurk­an parti tayangan eksklusif di hotel rasmi, Capri by Fraser Kuala Lumpur pada Sabtu bermula 8 malam.

Untuk memenangi pas eksklusif ke semua acara jelajah, peminat digalakkan untuk mengikuti laman rasmi Facebook dimsum bagi maklumat lanjut dan perkembang­an terkini.

Peminat yang juga pelanggan Grab bakal menikmati penjimatan sebanyak RM5 untuk 2 trip pergi dan balik ke Kompleks Membelibel­ah Sunway Pyramid dengan kod promosi GRABPRINCE­SS17 dan pembayaran menerusi GrabPay.

Kesemua pengguna aktif dimsum boleh menikmati penjimatan 10 peratus untuk sebarang pembelian dalam satu resit di Tuk Tuk Cha Sunway Pyramid.

Mengekalka­n keaslian drama asal, Princess Hours versi Thai yang sedang bersiaran menerusi dimsum bermula 3 Julai lepas menampilka­n sisi penceritaa­n dan lakon layar yang lebih segar. Antaranya termasuk lokasi drama di sebuah negara ciptaan, Bhutin.

Dalam versi Korea, Chae Kyung adalah pelajar bidang seni yang mengejar cita-cita menjadi pereka fesyen, namun dalam versi Thai, puteri mahkota Kah Ning mahu menjadi seorang pakar seni. Selain itu, teman wanita kepada Putera Mahkota Lee Shin adalah seorang penari ballet, manakala teman wanita Putera Indra ditampilka­n sebagai atlet memanah.

Berlatarbe­lakangkan negara fiksyen Bhutin, drama ini menyingkap kisah percintaan di antara seorang putera diraja dan gadis biasa dalam suasana kawalan istana yang cukup ketat. Putera Mahkota Indra dan Kah Ning dipaksa berkahwin berikutan perjanjian awal yang dibuat oleh nenda mereka.

Namun sebelum itu, Putera Indra telah melamar teman wanitanya yang berstatus selebriti bernama Minnie supaya

berkahwin dengannya namun ditolak oleh Minnie dengan alasan ingin menggapai cita-cita beliau terlebih dahulu.

Sementalah Kah Ning yang berusaha menyesuaik­an diri dengan kehidupan di istana termasuk peranannya sebagai seorang puteri mahkota dan isteri, kini mulai jatuh hati dengan putera mahkota yang mulai memahaminy­a.

Walaubagai­manapun, keadaan mulai goyah apabila mantan Putera Mahkota menuntut hak takhta untuk anak lelakinya, manakala Minnie mahukan Putera Indra kembali. Pelbagai cabaran mendepani kehidupan suami isteri ini, mampukah Putera dan Puteri Mahkota ini merungkai percintaan mereka yang kini disulami kebahagiaa­n?

 ??  ??
 ??  ?? PATTIE
PATTIE
 ??  ??
 ??  ?? TAO
TAO
 ??  ?? PHAN
PHAN
 ??  ?? BEBE
BEBE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia