Utusan Borneo (Sarawak)

KUCHING FA KOMITED BERAKSI TANPA TONGGAK

-

KUCHING: Ketiadaan tiga tonggak utama tidak mengganggu persiapan Kuching FA dalam misi mencuri mata apabila menentang PJ Rangers FC dalam saingan kempen Piala FAM di Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya petang ini.

Ketua Jurulatih Kuching FA, Shahrizan Sahari men- jelaskan bahawa skuadnya tetap menyasarka­n mengutip mata untuk mengukuhka­n kedudukan dalam kelompok empat pasukan teratas Kumpulan B bagi melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

“Perlawanan esok ( hari ini) penting untuk dimenangi kerana kita memerlukan mata bagi membuka peluang layak ke peringkat suku akhir. Kita tahu PJ Rangers adalah pasukan berbelanja besar dengan deretan pemain berpengala­man menyertai pasukan itu.

“Namun, Kuching FA akan memberi saingan sebaik mungkin untuk mencuri mata di tempat lawan,” kata Shahrizan ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, Kuching FA telah membuat persiapan rapi mencongak strategi istimewa untuk mengejutka­n PJ Rangers FC petang ini.

Kuching FA akan turun tanpa Mohammad Shafitri Salim, Remenor Pit dan Rafiezan Razali kerana digantung perlawanan selepas terlibat dalam insiden kekasaran terhadap pemain Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Hafizuddin Mohamad Said pada perlawanan 15 Jun lalu di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Sementara itu, Pengurus Kuching FA, Fazzrudin Abdul Rahman mengingatk­an kepada semua pemain agar memberikan komitmen seratus peratus pada perlawanan petang ini.

Bagaimanap­un, beliau akui ketiadaan beberapa pemain tonggak pasti menyukarka­n skuadnya mencuri mata namun percaya semua pemain mampu menggalas tugas dengan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia