Utusan Borneo (Sarawak)

Kekuatan politik perlu kerjasama

Awang Tengah mahu semua kaum perkukuh semangat penyatuan bagi membentuk kerajaan kuat

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Kekuatan politik melibatkan kerjasama semua kaum penting untuk memastikan kestabilan dan pembanguna­n Sarawak yang berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan meminta semua kaum untuk terus mengukuhka­n semangat penyatuan bagi membentuk sebuah kerajaan kuat.

“Di Sarawak, tiada ada satu kaum yang boleh memerintah secara sendiri. Sama ada kita Melayu, Melanau, Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu. Kita cuma dapat menjadi satu kumpulan majoriti dengan kita bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Semua kaum harus bersatu sama ada di bandar, di luar bandar, pedalaman, di pesisiran pantai di kawasan pergununga­n. Inilah hakikatnya,” jelas beliau merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Persatuan Melayu Miri (PMM) semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan ber- kata, kekuatan politik merupakan enam perkara penting yang perlu diutamakan rakyat Sarawak.

Lima perkara lain ialah penyertaan aktif rakyat dalam ekonomi, pendidikan, agama dan adat resam, kesejahter­aan keluarga dan pembanguna­n belia.

Dalam aspek ekonomi, Awang Tengah mahu melihat rakyat terlibat dalam semua sektor industri termasuk industri kecil dan sederhana ( IKS), perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan usaha Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berhubung tuntutan royalti minyak daripada kerajaan pusat.

Setakat ini, ujarnya, Petronas bersetuju untuk mengagihka­n kontrak kepada syarikat tempatan dengan jumlah nilai kontrak RM2.1 bilion.

“Keutamaan untuk kontraktor-kontraktor daripada Sarawak akan terus kita perjuangka­n dan ini telah pun kita capai kata sepakat dengan Petronas. Selain itu, Shell diminta untuk menentukan kontrakkon­trak yang harus dibahagi kepada syarikat Bumiputera. Daripada kerja-kerja kecil ke besar,” jelasnya.

Beliau berkata, Petronas juga bersetuju menjadikan bandar raya Miri sebagai pejabat pendaftar syarikat kontraktor.

Justeru, katanya, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg meneruskan usaha dengan memperluas­kan industri hiliran serta meningkatk­an penyertaan dalam industri huluan berkaitan minyak dan gas.

“Dalam pelan strategik kita, kita mahu melihat sekurangku­rangnya dalam satu unit keluarga, sekurang-kurangnya 50 peratus anak-anaknya mencapai pendidikan tinggi. Sekurang- kurangnya ada dalam keluarga kita 50 peratus menguasai ilmu kemahiran,” jelasnya beliau tentang pentingnya aspek pendidikan.

Awang Tengah juga meminta rakyat untuk mempertaha­nkan adat resam dan budaya agar identiti rakyat yang bersopan santun dan berkeperib­adian tinggi terus dihormati dan disanjungi.

Selain itu, semangat rumahku syurgaku perlu terus dihidupkan untuk membentuk keluarga bahagia sekali gus mewujudkan masyarakat sejahtera.

“Kita juga harus jaga generasi muda kita kerana mereka adalah penyambung dan pewaris masa depan, “tambah beliau.

Mengulas tentang majlis itu, Awang Tengah berkata, rumah terbuka merupakan acara sosial serta peluang bermaafan, merapatkan tali silaturahi­m, persaudara­an dan persahabat­an.

Beliau berbangga dengan PMM yang masih aktif dalam menjaga kebajikan kaum Melayu di sini serta menitikber­atkan pembanguna­n pendidikan generasi muda Melayu.

Beliau turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM50,000 untuk menggerakk­an aktiviti PMM.

Sementara itu, Yang Dipertua PMM Radzali Alision berkata, antara perancanga­n PMM ialah membina dewan serba guna baharu dan membuka kedai menggalak penyertaan penduduk dalam bidang perniagaan.

“Kita juga bercadang untuk membentuk Yayasan Pendidikan. Tetapi ini memerlukan perancanga­n rapi dan sokongan daripada badanbadan lain yang sehaluan dengan kita. Ini mungkin boleh kita jayakan dalam tempoh 10 tahun, “jelasnya.

Menurut Radzali, Yayasan Pendidikan membantu pelajar mendapat bantuan pinjaman selain membantu membiayai pendidikan pelajar ke menara gading.

Hadir sama ialah Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, ADUN Lambir Ripin Lamat, ADUN Piasau Sebastian Ting, Datuk Bandar Adam Yii dan Datuk Dayang Morliah Awang Daud.

Semua kaum harus bersatu sama ada di bandar, di luar bandar, pedalaman, di pesisiran pantai di kawasan pergununga­n. Inilah hakikatnya. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Awang Tengah menyampaik­an insentif pelajar cemerlang PT3 kepada Alia Amani Abdul Aziz disaksikan (dari kiri) Lee, Radzali, Morliah, di PMM, semalam.
TERUSKAN USAHA: Awang Tengah menyampaik­an insentif pelajar cemerlang PT3 kepada Alia Amani Abdul Aziz disaksikan (dari kiri) Lee, Radzali, Morliah, di PMM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia