Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri digesa naik taraf TROPI kepada badan berkanun

-

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan negeri digesa untuk menaik taraf Institut Penyelidik­an Tanah Gambut Sarawak (TROPI) kepada sebuah badan berkanun.

Perkara itu disuarakan oleh Pengarah TROPI Dr Lulie Melling yang memberitah­u naik taraf akan membolehka­n institut tersebut bergerak maju ke hadapan.

“Penyelidik­an bukan hanya satu pekerjaan atau sebuah jawatankua­sa tetapi kerjaya luas untuk seseorang termasuk sesebuah negeri dan negara.

“Kita mungkin mampu menyiarkan sekurangku­rangnya lima kertas kerja pada tahun ini... dan ini bukan satu rekod pencapaian tinggi untuk Sarawak sahaja tetapi juga Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai Gawai sempena lawatan kerja Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ke TROPI di sini semalam.

Dr Lulie menegaskan untuk memastikan TROPI dapat maju ke hadapan dan kekal melahirkan bakat baharu dalam bidang tersebut, naik taraf itu penting dilakukan.

“Kita harus bertindak den- gan cepat untuk menaik taraf institut ini kepada sebuah badan berkanun agar kita dapat terus kekal maju ke hadapan,” tambahnya.

Menyentuh mengenai kejayaan hasil penyelidik­an TROPI dalam bidang pertanian, beliau menjelaska­n amalan pertanian lestari yang diterapkan terutamany­a dalam industri penanaman sawit berjaya mengelakka­n insiden kebakaran tanah gambut berlaku di negeri ini.

“Saya berbesar hati untuk berkongsi hasil daripada penyelidik­an kita telah berjaya membasmi insiden kebakaran tanah gambut sekali gus mencegah masalah jerebu dari berlaku di negeri ini,” katanya.

Pada majlis itu juga, Dr Lulie menerima watikah pelantikan sebagai Duta dan Rakan kepada Universiti Hokkaido, Jepun di Malaysia yang disampaika­n oleh wakil universiti tersebut, Prof Ryusuke Hatano.

 ??  ?? LANTIK: Dr Lulie menerima surat watikah daripada Ryusuke sambil disaksi Abang Johari dan tetamu kehormat lain.
LANTIK: Dr Lulie menerima surat watikah daripada Ryusuke sambil disaksi Abang Johari dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia