Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Belum ada notis penutupan sekolah, taska di Serian setakat ini

-

KUCHING: Tiada notis penutupan sekolah dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di Daerah Serian dikeluarka­n setakat ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Ia berikutan penularan wabak rabies atau anjing gila di beberapa kawasan jangkitan yang telah meragut dua nyawa kanak-kanak.

Bagaimanap­un, Rohani berkata, pihak taska dan sekolah diarah untuk meningkatk­an pemantauan dan pengawasan terhadap kanakkanak terutama dalam kawasan jangkitan wabak.

“Isu ini adalah perkara yang serius dan perlunya peningkata­n pengawasan di semua sekolah, tadika dan taska,” katanya ke- tika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Namun, katanya, setakat ini keadaan di kawasan jangkitan rabies masih terkawal.

Menjelaska­n perkara itu, Rohani berkata belum ada arahan penutupan operasi dikeluarka­n kepada institusi pendidikan awal tersebut.

Apa yang penting, katanya, semua pihak perlu berwaspada dan mengambil langkah berjagajag­a dengan menghindar­i haiwan seperti anjing dan kucing.

“Kita akan maklumkan kepada Bahagian Kanak-Kanak untuk hantar memo kepada taska-taska.

“Sebab kita lihat kanak-kanak yang dijangkiti dalam lingkungan usia empat hingga enam tahun, tetapi budak sekolah rendah tidak terkecuali dalam kes ini,” jelasnya.

Beliau turut menyaranka­n sesiapa yang ada terkena gigitan anjing atau kucing agar tampil mendapatka­n rawatan segera.

“Sesiapa yang kena gigit, pertama kali cuci dengan sabun selepas itu pergi ke klinik berdekatan, sekurang-kurangnya dapat elak virus masuk terus ke dalam badan.

“Kita tidak tahu sama ada anjing atau kucing itu dijangkiti virus rabies atau tidak, kerana saya difahamkan, apabila mangsa mendapat gigitan anjing, dia ingat ini adalah normal tetapi setelah sebulan tindak balas kelihatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia