Utusan Borneo (Sarawak)

Waspasa, hindari haiwan terutama di kawasan dijangkiti rabies: Rohani

-

KUCHING: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menasihatk­an agar masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindar­i haiwan di sekeliling terutama di kawasan yang dijangkiti virus rabies atau anjing gila.

Menurutnya sukar untuk mengesan atau mengenal pasti haiwan seperti anjing atau kucing yang telah dijangkiti.

“Nasihat saya, apa yang penting ialah elak daripada mendekati anjing atau kucing bagi mengelak digigit haiwan yang mungkin dijangkiti virus.

“Kita tidak tahu haiwan mana yang terkena jangkitan, kalau digigit haiwan yang tidak dijangkiti, itu tidak apa, tetapi kalau sebaliknya? Oleh sebab itu, kita mesti sentiasa berjaga-jaga,” katanya.

Rohani berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan agar tidak melakukan tindakan provokasi terhadap haiwan yang berkaitan.

“Kadang-kadang haiwan sebegini mereka akan menyerang jika diprovok, lebih-lebih lagi rabies membuatkan haiwan ini lebih agresif serta hilang kawalan,” ujarnya.

Bercakap mengenai lawatan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun yang disahkan menghidap penyakit rabies, beliau berkata keadaannya masih sama dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS.

Kanak-kanak dari Kampung Lebor, Gedong itu dilaporkan masih dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke wad minggu lalu.

Turut dalam pemerhatia­n, seorang kanak-kanak dari kawasan Serian disyaki memiliki simptom sama, bagaimanap­un belum ada pengesahan dibuat sementara menunggu keputusan ujian saringan darah.

Beliau bagaimanap­un enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan perkembang­an semasa pesakit tersebut.

Dalam pada itu, Rohani berkata pihaknya menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia menyalurka­n bantuan khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa pada bila-bila masa.

“Namun setakat ini, saya berasa bukan masa yang sesuai kerana ahli keluarga mahu fokus terhadap kesihatan anak mereka,” katanya.

Penularan wabak rabies di negeri ini telah meragut dua nyawa adikberadi­k, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, dari Kampung Paon, Sungai Rimu Bakong, di Serian.

 ??  ?? LAWATAN: Rohani (depan kiri) ketika mengadakan lawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.
LAWATAN: Rohani (depan kiri) ketika mengadakan lawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia