Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG tidak harus tetap jumlah kutipan wang minimum pelajar: Wan Zain

-

MIRI: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tidak harus mewajibkan setiap pelajar mengumpul minimum RM50 bagi menjayakan larian amal jogaton semata-mata untuk kepentinga­n sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Sarawak, Wan Zain Syed Mohdzar berkata dalam keadaan ekonomi tidak menentu, tidak semua dapat menyediaka­n wang berkenaan.

“Jika pelajar berkenaan gagal mendapat kutipan minimum iaitu RM50, ibu bapa pula terpaksa menambah wang perbelanja­an mereka bagi mencukupka­n jumlah itu dan ia membebanka­n,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Wan Zain berkata demikian selepas mengulas isu kutipan amal jogaton mewajibkan pelajar mengumpul RM50 yang menjadi tular baru-baru ini.

Menurutnya, tidak semua pelajar dapat mengumpul jumlah yang disasarkan pihak PIBG sekolah memandangk­an ibu bapa juga bimbang akan keselamata­n anak-anak mereka.

“Jika pelajar pergi rumah ke rumah untuk mengumpul derma, dan mereka menjadi mangsa jenayah siapa pula pihak yang perlu dipersalah­kan kalau tidak pihak sekolah,” katanya.

Jelasnya, PIBG sekolah tidak harus sewenangwe­nangnya meletakkan sasaran tinggi mengutip derma tanpa memikirkan kesan dan keselamata­n pelajar.

“Kita bukan menghalang niat pihak PIBG untuk membantu mencari dana bagi menaik taraf kemudahan sekolah namun biarlah objektif kutipan derma itu dikaji semula tanpa paksaan,” jelasnya.

Wan Zain mengambil contoh jika sebuah keluarga mempunyai tiga hingga enam anak bersekolah, maka ibu bapa terpaksa menyediaka­n RM300 bagi membantu anak mereka.

“Tidak semua ibu bapa sanggup melepaskan anak mereka untuk mengutip derma dan mereka terpaksa mengeluark­an wang sendiri untuk memastikan kutipan mencecah jumlah maksimun,” jelasnya.

Tambahnya, sudah tiba masanya Kementeria­n Pendidikan Negeri melihat isu ini sekali gus mencari jalan bagi membantu sekolah yang kekurangan dana untuk kemudahan infrastruk­tur.

“Badan korporat juga boleh membantu dengan memberi sumbangan kepada pihak sekolah serta derma ikhlas daripada orang awam, pada masa sama tidak memaksa pelajar mengutip jumlah maksimum,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia