Utusan Borneo (Sarawak)

Hijrah populasi pacu Bintulu bangun hab ekonomi

Bintulu antara kawasan dibangun k’jaan sebagai tempat kukuh, janji kemakmuran penduduk: Tun Taib

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Penghijrah­an ramai penduduk ke Bintulu akan terus berlaku berikutan potensi bandar ini sebagai hab ekonomi termasuk fasa pembanguna­n berterusan yang memberi banyak peluang komuniti menjana ekonomi.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Bintulu boleh disifat lokasi mampu membangun masyarakat bukan untuk penduduk jati tetapi kumpulan berhijrah ke sini mencari sumber rezeki, pekerjaan dan sebagainya.

Katanya, bandar Bintulu antara kawasan kerajaan bangun dan rancang sebagai tempat kukuh serta berpotensi besar menjanjika­n kemakmuran untuk penduduk.

“Itulah berlaku di negeri ini, masyarakat­nya berhijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Tun Taib berkata demikian semasa menyampaik­an amanat pada Majlis Ramah-Tamah Aidilftri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu ( LAKIB) dengan kerjasama Pentadbira­n Bahagian Bintulu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak di Dewan Bangunan MARTABAT RPR SPPS Sebiew semalam.

Katanya, semua kawasan mengalami pembanguna­n akan jadi pilihan untuk lokasi penghijrah­an bagi mencari peluang kehidupan lebih baik.

“Keadaan itu wajar difahami bahawa apabila kita menjadi perintis sesuatu tempat dan kemudian dibangun, apa yang diharap ialah ia membawa manfaat kepada masyarakat di dalamnya,” jelasnya.

Beliau berkata, situasi Bintulu lebih kurang sama dengan Miri yang bermula sebagai kediaman masyarakat kecil tetapi mula berkembang dengan pembukaan industri minyak dan gas serta beberapa industri lain.

“Ini telah memberi pel- uang perniagaan serta peluang ekonomi serta keselesaan hidup kepada masyarakat di kawasan itu.

“Pembanguna­n bandar itu mewujudkan taraf kehidupan yang lebih selesa, peluang pekerjaan membawa trend kehidupan yang meningkat sekali gus mewujudkan kumpulan profesiona­l,” katanya.

Jelas Tun Taib lagi, apa yang penting masyarakat pelbagai kaum di negeri ini sama ada Cina, Melayu, Iban, Orang Ulu dan lain-lainnya dapat bergaul sama dan menjadi kawan antara satu sama lain.

“Ia membentuk sebuah masyarakat menjadi satu apabila menjadi besar dalam pembanguna­n sesuatu tempat.

“Kita perlu belajar membina populasi jika ingin melihat bandar membangun lebih baik bukan dalam jangka pendek,” katanya.

Katanya, berkawan dengan semua orang, generasi bercampur gaul seperti keadaannya berlaku di Miri menjadikan masyarakat besar kepada satu.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Pengerusi LAKIB serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah; Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi dan ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Residen Bahagian Bintulu, Muhamad Yakup Kari; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi dan Timbalan Pengerusi LAKIB, Datu Mohidin Ishak; Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad; Temenggung Barry Yek dan ketuaketua masyarakat setempat.

Keadaan itu wajar difahami bahawa apabila kita menjadi perintis sesuatu tempat dan kemudian dibangun, apa yang diharap ialah ia membawa manfaat kepada masyarakat di dalamnya. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ?? SELAMAT DATANG: TunTaib (kiri) bersalaman dengan Temenggung Barry serta penduduk setempat sambil diiringi oleh Talib setibanya di Bangunan MARTABAT, semalam.
SELAMAT DATANG: TunTaib (kiri) bersalaman dengan Temenggung Barry serta penduduk setempat sambil diiringi oleh Talib setibanya di Bangunan MARTABAT, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia