Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n pesat Bintulu buka peluang kejayaan anak tempatan: Talib

-

BINTULU: Pembanguna­n pesat bandar Bintulu membuka peluang anak tempatan berjaya dalam bidang industri minyak dan gas termasuk industri lain, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip.

Beliau juga Menteri Integriti dan Ombudsman menjelaska­n, pembanguna­n pesat itu dapat dilihat dari segi fizikal bandar dan keadaan pada masa hadapan yang terus membangun.

“Ini memperliha­t bahawa pelan rancangan Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selama ini (semasa menjadi Ketua Menteri) mendatangk­an hasil dengan mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan di Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) dengan kerjasama Pentadbira­n Bahagian Bintulu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak di Dewan Bangunan MARTABAT RPR SPPS Sebiew semalam.

Katanya, graduan tempatan juga ramai bekerja dalam syarikat besar dengan mendapat gaji tinggi di kampung halaman sendiri.

Malah katanya, peluang perniagaan untuk anak tempatan turut berkembang apabila ramai menjadi tauke besar kerana bandar ini membuka banyak peluang ekonomi.

“Ini terbukti apabila sejak beberapa tahun ada anak tempatan bekerja di negara kaya Timur Tengah dengan meraih pendapatan puluhan ribu sebulan,” katanya.

Justeru katanya, kemakmuran dikecapi itu harus disyukuri sekali gus menolak gejala kurang sihat dan kekal bersatu tanpa mengambil kira perbezaan bangsa supaya pembanguna­n bandar ini berjalan sempurna.

“Kita turut berterima dengan rancangan pembanguna­n sebelumnya sehingga membawa kepada kemajuan bandar ini,” katanya sambil berharap penduduk Bintulu dapat terus bergaul mesra dan meraikan perayaan bersama bagi memperkuku­h hubungan silaturahi­m sekian lama terjalin.

 ??  ?? TAHNIAH: Marzuki menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima, sementara Nazim (kiri), Masni (tengah) dan yang lain melihat sama.
TAHNIAH: Marzuki menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima, sementara Nazim (kiri), Masni (tengah) dan yang lain melihat sama.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Tun Taib (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Talib pada Majlis RamahTamah Aidilfitri di Bangunan MARTABAT, semalam.
PENGHARGAA­N: Tun Taib (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada Talib pada Majlis RamahTamah Aidilfitri di Bangunan MARTABAT, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia