Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bina ibu pejabat, dewan dan gereja BEM Sibu bermula

-

SIBU: Rancangan pembinaan ibu pejabat, dewan serba guna dan gereja Borneo Evangelica­l Mission (BEM) daerah Sibu di Kilometer 25 Jalan SibuSalim di Sibu Jaya telah bermula.

Projek bernilai kira-kira RM500,000 itu secara rasminya dilancarka­n Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum pada majlis makan malam amal mengutip dana pembinaan projek tersebut di sini malam kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, Ahli Dewan Undangan Neg- eri (ADUN) Bukit Assek, Irene Chang dan Presiden BEM Sarawak, Pastor Bina Agung.

Lebih 5,000 hadirin hadir pada majlis tersebut.

“Kami bangga kerana membantu membina sebuah rumah Tuhan. Kami juga membantu membina pusat golongan belia dapat mengambil bahagian dalam kegiatan berfaedah,” katanya.

Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak itu berkata, beliau cuba mendapatka­n dana daripada pihaknya membantu pembinaan projek tersebut.

Bercakap di depan wakil rakyat dari Parti Tindakan Demokratik ( DAP) yang hadir, Salang menegaskan bahawa agama lebih penting berbanding ideologi politik.

“Kita mungkin bercakap dan berdebat isu-isu dalam perbezaan politik tetapi kita bersatu dalam Yesus Kristus membantu pembinaan projek sangat bermakna ini,” katanya.

Beliau menambah ADUN Belaga, Liwan Lagang memberi sumbangan RM10,000 manakala ADUN Murum, Keneddy Chuk Pai menjanjika­n RM5,000 bagi mem- bantu pembinaan projek tersebut.

Terdahulu, Bina merakamkan penghargaa­n dan berterima kasih kepada Tuai Rumah Simon Ason kerana menyumbang­kan sebidang tanah untuk projek tersebut.

Beliau berkata, pengorbana­n besar Simon menunjukka­n beliau seorang pemimpin baik serta mempunyai kepentinga­n rakyat yang dekat di hatinya.

Simon ketika ditemui memberitah­u bahawa gereja itu sahaja mampu memuatkan seramai 3,000 orang.

 ??  ?? MERIAH: Pertanding­an mewarna dan sambutan Gawai Raya Tabika Perpaduan, Jalan Hua Tai/Fortuna Garden berlangsun­g meriah.
MERIAH: Pertanding­an mewarna dan sambutan Gawai Raya Tabika Perpaduan, Jalan Hua Tai/Fortuna Garden berlangsun­g meriah.
 ??  ?? RASMI: Salang (tengah) bersama kenamaan lain memotong reben pelancaran projek pembinaan ibu pejabat, dewan serba guna dan gereja BEM daerah Sibu, malam kelmarin.
RASMI: Salang (tengah) bersama kenamaan lain memotong reben pelancaran projek pembinaan ibu pejabat, dewan serba guna dan gereja BEM daerah Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia