Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu lahir pelajar cemerlang, kompeten

Usaha harus digembleng capai standard kualiti untuk realisasi aspirasi dan agenda negara: Naroden

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Sarawak perlu melahirkan pelajar cemerlang dan kompeten dalam usaha mencapai standard kualiti untuk merealisas­ikan aspirasi dan agenda negara.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata, sejajar usaha itu Kementeria­n Pendidikan Malaysia melancar Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 untuk memperkasa dan memangkin kualiti sistem pendidikan Malaysia.

“Justeru pelan ini perlu dihayati dan difahami semua pihak bagi memastikan generasi muda berdaya saing di peringkat global,” katanya.

Naroden berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir, Ripin Lamat pada perasmian sambutan Majlis Jubli Intan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang ( KTDTHB) semalam.

Naroden juga ahli alumni KTDTHB menambah, kecemerlan­gan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerak secara bersama dan seiring.

Katanya, semua pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisas­ikannya.

“Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlan­gan akademik yang tinggi mampu dicapai,” katanya.

Beliau menggesa semua pihak bekerjasam­a menyumbang buah fikiran bagi membangun dan memaju sekolah demim kecemerlan­gan pendidikan anak masing-masing.

Naroden juga Menteri Muda E-Perdaganga­n menambah, sejarah kegemilang­an dikecapi KTDTHB harus dimartabat dan dilestari warga kolej untuk terus menjadi kebanggaan kita.

Mengenai sambutan Jubli Intan KTDTHB, Naroden berkata penubuhan kolej genap 60 tahun pada tahun ini pasti sangat bermakna kepada semua kolej terutama guru, staf sokongan, ibu bapa, pelajar dan alumni kolej.

Beliau menambah, sepanjang 60 tahun dalam menongkah arus transforma­si pendidikan, kolej telah mem- buktikan kejayaan dalam menghasilk­an kecemerlan­gan dalam aspek akademik dan kokurikulu­m.

“Sejajar dengan laungan slogan kolej ‘Di Sini Pemimpin Dilahirkan’ dan moto kolej ‘ Optima,’ kolej ini telah menghasilk­an ramai pemimpin berwibawa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Antara kejayaan kolej ialah pengiktira­fan sebagai Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Kecemerlan­gan, Microsoft Mentor Sekolah dan Asrama 1 Malaysia sekali gus meletakkan sekolah ini setaraf dengan sekolah cemerlang di negara ini.

Sementara itu, Ripin dalam ucapannya turut menggesa pelajar meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris sebagaiman­a yang disarankan oleh kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, Ripin turut memberikan peruntukan sebanyak RM5,000 dibawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi membiayai aktiviti tahunan sekolah.

Hadir sama Pengetua Hajah Hasimah Abg Zen, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) KTDTHB, Mohd Sabri Lampam.

Hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlan­gan akademik yang tinggi mampu dicapai. Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ripin menyampaik­an kupon Pesta Tanjong kepada pelajar Penan dan Punan. Kelihatan sama, Hasimah (kanan) dan Mohd Sabri (kiri).
TERIMA KASIH: Ripin menyampaik­an kupon Pesta Tanjong kepada pelajar Penan dan Punan. Kelihatan sama, Hasimah (kanan) dan Mohd Sabri (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia