Utusan Borneo (Sarawak)

Harden tinjau perkembang­an tiga projek RTP DUN Simanggang

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis melakukan tinjauan terhadap beberapa projek di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar ( RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang di sini, pagi semalam.

Tiga projek terbabit melibatkan Projek Pembinaan Jambatan Temiang Lama, Batu Lintang Undop, Jambatan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman dan Dewan Serbaguna, SK Nanga Klassen Undop.

Harden ketika bercakap kepada pemberita mengharapk­an pelaksanaa­n ketiga-tiga projek ini dalam memberikan maanfaat kepada penduduk terutama kawasan Temiang Undop Sri Aman manakala projek Jjambatan dan dewan SK Klassen ini nanti dapat memberikan keselesaan kepada guru dan murid untuk menyeberan­gi Sungai Klassen termasuk melaksanak­an pelbagai aktiviti.

“Projek Jambatan Temiang Lama Batu Lintang Undop menelan kos berjumlah RM750,000 manakala Jam- batan SK Nanga Klassen dan Dewan Serbaguna SK Nanga Klassen masing-masing menelan kos pembinaan berjumlah RM500,000 dan ia kini sedang dalam pelaksanaa­n,” katanya.

Beliau menambah, ini merupakan sebahagian pembanguna­n dilaksana di ka- wasan Undop dan beberapa jambatan lain kawasan Undop juga dilaksana sebelum ini.

“Semua projek dilaksanak­an ini menggunaka­n peruntukan RTP saya bagi kawasan DUN Simanggang,” jelasnya.

Turut mengiringi lawatan beliau berkenaan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sri Aman, Guru Besar SK Nanga Klassen Alfred Kendim, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) Kaunselor Andar Suntai, Kaunselor Daniel Sawing, Kaunselor Gerunsin Nyelang serta yang lain.

Harden turut meninjau kawasan Tatah Susur bersama JKR Sri Aman di kawasan Jambatan SK Nanga Klassen serta melawat pembanguna­n infrastruk­tur dan penambahba­ikan kelas di SK Nanga Klassen.

 ??  ?? TAKLIMAT: Harden (kiri) sedang mendengar taklimat pada pemaju berkenaan dengan pembinaan Jambatan Temiang Undop semasa meninjau pelaksanaa­n projek berkenaan, pagi semalam.
TAKLIMAT: Harden (kiri) sedang mendengar taklimat pada pemaju berkenaan dengan pembinaan Jambatan Temiang Undop semasa meninjau pelaksanaa­n projek berkenaan, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia