Utusan Borneo (Sarawak)

Persekutua­n Pengakap Malaysia bida hak anjur Persidanga­n Pengakap Sedunia 2020

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pengakap Malaysia akan membida hak penganjura­n Persidanga­n Pengakap Sedunia 2020 di Kuala Lumpur.

Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh berkata pihaknya akan melakukan bidaan secara rasmi di persidang a n p e n g a k a p s e d u n i a kali ke-41 yang bakal diadakan di Baku Azerbaijan pada 14 hingga 18 Ogos depan.

B e l i a u b e r k a t a s e - takat ini, hanya Mesir dan Malaysia yang telah menghantar permohonan kepada Biro Pengakap Sedunia untuk membida hak sebagai tuan rumah bagi persidanga­n kali ke-42 itu.

Beliau berkata Kuala Lumpur merupakan lokasi strategik bagi penganjura­n persidanga­n tersebut memandangk­an Malaysia merupakan negara yang selamat selain menawarkan kos lebih murah bagi delegasi pengakap dari 150 negara yang terlibat.

“PPM juga antara persatuan pengakap di dunia yang aktif dengan pelbagai program dan aktiviti serta menjadi contoh kepada beberapa negara seperti Azerbaijan dalam menyediaka­n khidmat nasihat berkenaan program latihan kepada ahli-ahli persatuan di negara itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di program sambutan Hari Raya Aidilfitri PPM bersama golongan kurang bernasib baik, semalam.

Kira-kira 100 tetamu dari dua rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur serta Orang Kelainan Upaya dari Teluk Panglima Garang, Selangor diraikan dalam majlis tersebut yang turut menerima sumbangan duit raya dan cenderahat­i daripada PPM.

Dalam pada itu, Shafie berkata sekiranya bi- daan tersebut berjaya, anggota pengakap di negara ini dapat bertukar-tukar budaya dan pengetahua­n dengan delegasi antarabang­sa selain menarik kehadiran pelancong ke Malaysia.

Katanya, kos penganjura­n keseluruha­n persidanga­n tersebut dijangka RM6 juta. — Bernama KOTA BHARU: Anuger a h P e r k h i d m a t a n C e - merlang (APC) diharap menjadi momentum penggerak transforma­si dan peneraju perubahan dalam membudayak­an kecemerlan­gan kepada warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata anugerah tersebut adalah bagi menghargai setiap usaha dan jasa yang disumbangk­an oleh warga jabatan tersebut.

Seramai 349 warga jabatan berkenaan telah terpilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016 di seluruh negara, katanyakep­adapemberi­ta selepas Majlis Anugerah Perkhid- matan Cemerlangt tan tersebut peringkat Timur di sini, semalam.

Bagi peringkat zon timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, seramai 53 warga jabatan berkenaan menerima anugerah .

Turut hadir Ketua Pengarah JPNIN Baharin Idris dan Pengarah JPNIN Kelantan Salasiah Hashim. — Bernama jabazon

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUTAN HARI RAYA: Shafie (duduk, dua kiri) beramah mesra bersama pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rumah Sayangku Telok Panglima Garang pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama golongan kurang bernasib baik di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SAMBUTAN HARI RAYA: Shafie (duduk, dua kiri) beramah mesra bersama pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rumah Sayangku Telok Panglima Garang pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama golongan kurang bernasib baik di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia di Ibu Pejabat Persekutua­n Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia