Utusan Borneo (Sarawak)

314 graduan terima sijil dan diploma majlis graduasi RIT

-

MIRI: Seramai 314 graduan Riam Institute of Technology (RIT) masing-masing telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Graduasi RIT 2017 bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini, petang semalam.

Sijil dan diploma yang diterima ialah Cambridge GCE A-Level, Sijil Akaun Teknikal (CAT), Diploma Perdaganga­n, Diploma Kejurutera­an Elektronik, Diploma Kejurutera­an Mekanikal, Diploma Kejurutera­an Automotif, Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Kerja, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Kemahiran Malaysia Seni Kulinari, Diploma Kemahiran Malaysia Pastri dan Diploma Kemahiran Malaysia Elektrikal Automotif.

Anugerah Akademik Terbaik diterima John Beng dan Joseph Vermount Teng masing-masing untuk Cambridge GCE A-Level, Voong Sheng Yung dan Shirley Wong (Sijil Akaun Teknikal), Nicole Chan dan Huong Kian Hong (Diploma Perdaganga­n), Alvin Tie dan David Lee (Diploma Kejurutera­an Elektronik), Chua Wei Long dan Bong Pei Chin (Diploma Kejurutera­an Mekanikal), Liew Sheng Kai (Diploma Kejurutera­an Automotif), Gan Jen Wen dan Aaron Then (Diploma Keselamata­n dan Kesihatan Kerja) dan Safiah Chin Ismail (Diploma Pengurusan Hotel).

Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Diploma Kemahiran Malaysia Seni Kulinari ialah Roland So, Samson Patter, Timothy Liew dan Ezra Agan Balan, Diploma Kemahiran Malaysia Pastri ialah Bibiana Loi, Chieng Siew Ping, Joyce Tong dan Loa Kai Cheng, manakala Diploma Kemahiran Malaysia Elektrikal Automotif ialah Tan Sheng Yih, Kon Jie Fui, Garry Achang Singa dan Gilbert Lau.

Bagi Anugerah Pelajar Cemerlang University of Nottingham untuk A-Level diterima oleh John Beng, manakala Chua Wei Long untuk Diploma Kejurutera­an Mekanikal.

Anugerah Pelajar Cemerlang University of East Anglia, penerima ialah John Beng dalam Kimia, Thian Min Chyong dan John Beng (Fizik), John Beng (Matematik), Kong Kah Ying (Biologi).

Bagi Anugerah Dekan diterima olah Joyce Tong, Anugerah CEO diterima oleh Chua Wei Long, Nicole Chan menerima Anugerah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan John Beng penerima Anugerah Pengerusi Eksekutif.

Graduan masing-masing menerima anugerah yang telah disampaika­n oleh tetamu kehormat yang juga Timbalan Pengerusi RIT dan Riam Road Secondary School (RRSS) Dato Sri Lau Hieng Su.

Lau dalam ucapannya mengingatk­an graduan agar mengubah diri mereka untuk terus menjadi yang terbaik dan mencari peluang pekerjaan yang bersesuaia­n.

“Saya yakin, RIT telah menawarkan kursus-kursus yang terbaik kepada para pelajarnya yang menepati kehendak pasaran masa kini.

“Oleh itu, para graduan khususnya selepas ini, harus terus mengubah diri ke arah yang lebih baik dan mencari pekerjaan yang sesuai den- gan bidang yang dipelajari,” katanya.

Bah juga jelasnya, setiap kursus dipelajari di RIT berkenaan mampu membantu mereka mengubah masa depan yang lebih cerah.

Turut hadir menyampaik­an anugerah ialah Pengerusi Eksekutif RIT merangkap CEO RRSS Dato Dr. Fong Onn Min, Pengerusi RIT dan RRSS Dato Sri Law Kiu Kiong, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii serta dif-dif kehormat yang lain.

Ahli keluarga, sahabat handai dan juga tenaga pensyarah graduan turut bersama hadir menyaksika­n majlis graduasi terbabit.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Graduan yang menerima sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Graduasi 2017 RIT di Eastwood Valley Golf & Country Club di Miri, petang semalam.
UNTUK ALBUM: Graduan yang menerima sijil dan diploma masing-masing pada Majlis Graduasi 2017 RIT di Eastwood Valley Golf & Country Club di Miri, petang semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Adam Yii menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Dr. Fong (dua kiri) serta yang lain.
TAHNIAH: Adam Yii menyampaik­an anugerah kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Dr. Fong (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia