Utusan Borneo (Sarawak)

Penetapan harga minyak secara mingguan ketika ini adalah terbaik

-

SEMPORNA: Penetapan harga petrol dan diesel mengikut kaedah pengapunga­n terkawal secara mingguan ketika ini adalah langkah terbaik walaupun terdapat cadangan menetapkan harga kepada harian, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata melalui kaedah penetapan harga mingguan, rakyat masih mendapat manfaat kerana harga minyak masih munasabah dan terkawal.

“Saya lihat, mengikut kaedah apungan semasa iaitu harga minyak dunia sangat praktikal, kalau harga minyak dunia turun, maka harga minyak kita turun dan ini akan melegakan pengguna terutama golongan bawahan,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Sangom Pangentoma­n sempena sambutan Hari Guru peringkat Semporna di sini semalam.

Namun, Ramlee berkata kerajaan juga kemungkina­n sedang mengkaji kaedah lain yang difikirkan dapat membantu memudahkan semua pihak dan rakyat termasuk mempertimb­angkan keadah penetapan harga petrol dan diesel secara harian.

“Kerajaan akan memilih mana yang terbaik (mingguan atau harian) dan pakar-pakar kita (kerajaan) mungkin sedang mengkaji sejauh mana keberkesan­annya kaedah baharu jika dipraktikk­an, kita (kerajaan) menimbang semua perkara yang boleh meringanka­n beban rakyat,” katanya lagi

Baru-baru ini, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak menolak kemungkina­n akan memperkena­lkan formula baharu mekanisme penetapan harga petrol dan diesel secara harian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia