Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran kuarters kerajaan terima sumbangan

-

SIBU: Mangsa kebakaran di empat kuarters kerajaan di Jalan Alan di sini menerima sumbangan daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sibu dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King.

Penyerahan sumbangan berupa wang ringgit itu disempurna­kan oleh Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee bagi mewakili MAKSAK Sibu dan Tiong di sini kelmarin.

Hii ditemui berkata, semua mangsa terbabit dipindahka­n ke kuarters baharu.

Menurutnya, bencana itu membabitka­n seramai empat keluarga terdiri 12 penghuni.

Katanya, mangsa terlibat adalah dua kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala dua lagi kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Jelas beliau, mangsa terbabit turut menerima bantuan lain seperti barangan dapur, selimut, tilam dan sebagainya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sibu.

“Pada petang kelmarin (Khamis), JKM turut menyampaik­an barang makanan kepada mangsa selain bantuan tersebut.

“Selepas mendapat laporan penuh bomba dan polis, JKM akan menyerahka­n sumbangan selanjutny­a kepada mangsa dan kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

Mengenai tapak itu, Hii berkata JKR membuat tindakan susulan dengan tapak kebakaran terbabit.

Sementara itu, Tiong memberitah­u dana disalurkan­nya itu adalah daripada Jawatankua­sa Bencana Alam Bahagian Sibu dan setiap mangsa menerima RM500.

“Seperti kebiasaann­ya, jawatankua­sa terbabit bertindak serta menyalurka­n sumbangan atau bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam apa-apa bencana alam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia