Utusan Borneo (Sarawak)

Lampu isyarat siap hujung tahun bakal lancar aliran trafik simpang Jalan Stakan

-

KUCHING: Aliran trafik di persimpang­an Jalan Stakan dalam Kota Sentosa dekat sini akan lebih lancar sebaik kerjakerja pemasangan lampu isyarat siap pada hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata, laluan di persimpang­an itu merupakan antara yang sibuk serta kerap sesak terutama pada waktu puncak.

Kesesakan itu menyebabka­n pengguna terutama kenderaan yang melalui laluan tersebut sukar untuk keluar masuk ke Jalan Stakan, katanya.

“Kesesakan trafik di Kota Sentosa termasuk di persimpang­an Jalan Stakan merupakan antara masalah yang paling membelengg­ui pen- duduk terutama pengguna yang melalui laluan ini. “Bagi meringanka­n bebanan trafik di persimpang­an Jalan Stakan ini, kerajaan telah bersetuju untuk memasangka­n lampu isyarat di persimpang­an ini.

“Tender telah pun ditutup dan kini di bawah peringkat penilaian dengan kerja-kerja pemasangan dijangka bermula pada September ini,” katanya kepada media sebelum lawatan ke lokasi projek, Jumaat lepas.

Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan ( MPP) menambah, pembangkan­g kerap memainkan masalah trafik di sepanjang laluan Kota Sentosa dalam kawasan Batu Kitang.

Tegas Lo, kerajaan men- gambil serius masalah ini dan akan menanganin­ya secara berperingk­at-peringkat mengikut bajet yang ada.

Dalam tempoh setahun selepas dipilih buat pertama kalinya sebagai ADUN Batu Kitang pada PRN 2016, Lo telah pun berjaya mendapatka­n kelulusan bagi beberapa projek penting di Batu Kitang.

Antaranya, peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi menaik taraf Jalan Batu Kitang sepanjang 5.8 kilometer (km) bermula dari persimpang­an lampu isyarat Kota Sentosa hingga ke Keranji.

Selain itu, Lo juga telah mendapatka­n kelulusan bagi projek pemasangan lampu isyarat di persimpang­an Haji Baki dengan kos RM350,000 selain membaik pulih sambungan Jambatan Batu Kitang dengan kos RM190,000.

Sebagai tanda terima kasih kepada pengundi Batu Kitang terutama di kawasan Landeh, kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan sehingga ke Kampung Bentong, Landeh dalam kawasan Kota Padawan.

 ??  ?? TAKLIMAT: Lo (empat kanan) mendengar penerangan daripada Jurutera Bahagian Kuching, Ir Awang Mohd Fadillah Awang Redzuan (dua kiri) ketika lawatan ke lokasi projek di Jalan Stakan, Jumaat lepas.
TAKLIMAT: Lo (empat kanan) mendengar penerangan daripada Jurutera Bahagian Kuching, Ir Awang Mohd Fadillah Awang Redzuan (dua kiri) ketika lawatan ke lokasi projek di Jalan Stakan, Jumaat lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia